Friday, September 16, 2011

Raihah Rosli

salam..
menemui sahabatku raihah rosli..

just want to wash u a happy married life in my blog.. ntah bila awk akan baca post ni memandangkan kita tau awk semakin bz dgn keje n komitmen dgn keluarga yg bakal dibina..tapi takpe..asalkan awk tau bahawasanya kawanmu ini sgt menghargai persahabatan ini, itu sudah cukup buat kita.. =)

setiap kali kita fikir balik mcm mana kitorg boleh start rapat, kita akan rasa 'pelik'..sbb ia berlaku dgn sgt cepat..tapi kita percaya itu semua aturan Allah...Dia yg menyatukan hati hamba2nya..

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan diantara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, niscaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan diantara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu padukan diantar (hati) mereka. Sesungguhnya Allah maha kuasa , lagi maha bijaksana" (8:63)

bermula dgn kita berkongsi rahsia dan mslh masa zaman sekolah menengah, sejak itu kita rasa kita mula rapat..kita bukanlah seorang yg senang berkongsi cerita dgn org, apatah lagi soal rahsia dan problem..tapi dgn awk, kita sgt senang kongsi cerita..kita pun tak tau kenapa..tapi ni takdelah bermksd kita mengharapkan awk tolong kita kalau kita ada mslh atau apa2..sbb kita tau awk pun manusia juga..awk pun ada hidup awk sendiri..ada mslh hidup sendiri..dan mmg takde sesiapa yg dpt penuhi kehendak seorg manusia itu melainkan Allah..itu yg kita pegang selama kita berkongsi cerita atau mslh dgn awk..

dan kita tau dlm setiap pertemuan itu ada perpisahan..kita tak mksdkan dgn lepas awk berkahwin, bermakna kita berpisah..tapi bagi kita lepas awk kahwin, seperti akan ada 'barrier' antara kita dgn awk..sbb kita n awk kena sama2 consider suami yg bakal awk nikahi..sudah semestinya, awk perlu utamakan dia..dan kita pun harap awk berbuat mcm tu..

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”

selepas tamat sekolah menengah di mrsm, kita semakin sedar yg dlm hidup ni, kita sememangnya perlu berdikari..tak boleh terlalu bergantung kpd org lain..tak boleh letak harapan kpd org lain..tak boleh expect kwn kita itu akan selalu bersama kita..sbb semua org pun ada haluan hidup masing2..ada ujian hidup masing2..so, sejak itu memang kita dah set dlm mind kita yg kita akan 'berpisah' juga dgn semua org.. termasuklah awk raihah..sblm kita tau awk akan nikah, kita dah expect suatu hari nanti, kita akan semakin 'jauh' juga dgn awk..cumanya masa tu kita blm rasa perasaan 'berpisah' itu sampailah masa awk nak nikah semakin dekat..

kita gembira jodoh awk dah sampai..tapi pada masa yg sama, kita 'sedih' sebab rasa awk semakin 'jauh'..padahal tak mcm tu pun kan raihah? =)

so, raihah..kita harap Allah akan sentiasa lindungi awk n aima dlm pemeliharaanNya..
semoga Allah balas segala jasa baik awk sepanjang kita berkawan.. =)

ok, tak mau ckp pjg2 lagi..exam kita pun dah nak dekat..semoga Allah permudahkan urusan kita berdua..amin.. =)





surat berharga yg awk pos kat kita =)

Sunday, September 11, 2011

Oh Muslimah



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkanNya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati


Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya..

Saturday, September 10, 2011

Khilaf berdoa


Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
[Yunus, 10:12]

'Ya-Allah. Ampunkan aku. Selama ini aku khilaf. Maafkan aku jika selama ini aku tidak ikhlas mencari cinta-Mu. Maafkan aku jika selama ini aku kurang mengingatimu. Maafkan aku jika selama ini aku hanya berdoa kepada-Mu untuk memenuhi keperluan peribadiku. Ya-Allah, bantulah aku untuk kembali mencari cinta-Mu. Bantulah aku untuk kembali memperbaiki diri semata-mata untuk-Mu.' sumber

tersedar yg selama ni, saya lbh byk berdoa 'secara spesifik' hanya bila ditimpa kesusahan..dan lbh utk penuhi keperluan dunia yg takde limit-nya.. astahgfirullah..