Saturday, February 18, 2012

Psychiatry

salam..

Psychiatry (psy) atau org selalu sebut sbg sakit mental bukanlah semata2 sakit 'org gila'..sgt2 lah byk lagi penyakit lain yg termasuk dlm kategori sakit mental ni..sbb berlakunya sakit mental ialah ada kurang/terlebih 'neurotransmitter' dlm brain yg menyebabkan otak kita tak dpt berfungsi secara 'normal' mcm org lain..dan juga beberapa sbb yg lain..



anyway, dlm post kali ni bkn nak cerita sgt psl penyakit psy ni..tapi nak cerita psl ada seorg pesakit psy yg mana dia adalah seorg peminum arak tegar dan juga amik dadah heroin..menyebabkan otak dia ada malfunction dan dia 'nampak apa org lain tak nampak' yg dalam medical term nya visual hallucination..

nak dipendekkan cerita, pakcik ni dia kata "saya tak suka islam sbb org islam suka amalkan sihir"..."dlm al-Quran, Allah hina org kafir tapi bagi saya semua manusia patutnya sama je"..." mksd katak di bawah tempurung ialah org yg tak tau hal luar..contohnya org kelantan yg asalnya pakai tudung, tapi bila g bandar mcm kl, dia bukak tudung"...

itulah antara apa yg pakcik tu sebut yg menunjukkan rasa bencinya dia terhadap islam (dia sendiri adalah islam)..saya tak pasti kalau dia sebut dr hatinya sendiri atau ia adalah disebabkan sakit mentalnya..tapi yg pasti saya yg berada di situ terdiam tak terkata apa2 di hadapan kwn2 saya yg non-muslim yg juga berada di situ..

especially part "Allah hina org kafir dlm al-quran".. saya tak dpt nak defend islam ketika itu sbb sememangnya Allah hina org kafir cumanya ia adalah BERSEBAB..bkn tak tentu psl Allah hina mereka..tapi saya pun tak dpt nak kata mcm tu kat depan kwn2 saya sbb saya prefer kenalkan diorg dgn islam melalui pendekatan yg lembut bkn mulakan dgn ancaman..mmg Rasulullah menyebut juga khabar azab neraka bagi mereka yg tak beriman kpd umat2nya..tapi mgkn saya sendiri yg tak mampu utk menghadapi kesan slps tu..

"org islam suka amalkan sihir"..tapi saya rasa sbnrnya org melayu yg suka amalkan sihir! tapi disebabkan org melayu 'sinonim' dgn islam, maka islam dilabelkan sbg penganut yg suka amalkan sihir..atau dgn kata lain, kita menjadi fitnah kpd islam disebabkan perbuatan kita diri sendiri! camtu juga kes muslimah yg asalnya bertudung, tapi mengalami kejutan budaya bila berada di bandar dan mengikut trend fashion yg tak mengikut syariat..semoga Allah pelihara kita dr keadaan sedemikian..amin..

p/s: saka yg 'popular' di kalangan org melayu menurut seorang pakar psy ialah salah satu penyakit mental..apa yg dia nampak/dgr tapi org lain tak dpt dikatakan adalah hallucination..dikatakan saka akan diturunkan dlm keturunan itu kerana sememangnya bila seorg bapa/ibu mempunyai penyakit mental, anak2/keturunanya 'mudah' utk mendpt sakit yg sama..hm, mgkn sbb tu ada sesetgh drpd kita, yg mana dikatakan ada saka dpt berubat dgn doctor psychiatry..wallahua'lam..

p/p/s: tapi saya tak bermaksud makhluk ghaib tak wujud..kita org islam mmg beriman kpd perkara2 ghaib..n pernah dgr talk Dr MAZA,dia kata kita doctor kena tau beza saka,etc ni from medical illness..yg saya kata kat atas tu pendapat seorg psychiatrist..=)