Sunday, May 20, 2012

2+2=4

The Prophet salla Allahu alaihi wa sallam said:

The likeness of a righteous companion is that of the seller of musk: either he will give you a gift, or you will buy something from him, or you will smell a pleasant fragrance from him.

There are three things that you will benefit from a righteous companion.
...
1. Either he will give you an advice without you asking for it.
2. If not, you will learn from the way he talks and behaves even if he does not talk.
3. If not this or that, you will benefit from being associated with him when people ask about you and then come to know that you are an associate of this righteous person.

Allah says: Friends on that Day will be foes one to another except Al-Muttaqun (pious).
 
 
harap dapat jumpa sahabat yg ada 3 ciri2 kat atas.. =)
kalau Allah tak izin, semoga kita ada 3 ciri2 di atas..dan semoga Allah izziiinnnnnnnn!!!! insyaAllah.. =)

Solat Qabliyah, Ba'diyah



Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.

 Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang


Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu

✔ 2 rakaat sebelum Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Maghrib,
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

sama2 berusaha utk solat rawatib!!! insyaAllah.. =)

Sunday, May 13, 2012

Atok

salam..

tanggal 11mei 2012, dlm  kul 4:30ptg jumaat, atok saya telah menghembuskan nafasnya yg terakhir slps discharge drpd hospital 'at own risk' sehari sblm itu..

rasanya ini kali pertama saya merasakan kematian seseorg yg saya masih ingat masa yg saya spend bersama dari kecil sampai skrg..saya nampak progression atok saya dr sihat gembira hinggalah dia tidak sihat, sehari sblm dia meninggalkan dunia...

sedih..
saya rasa tak patut utk saya buat mcm ni, tapi saya sebolehnya cuba utk distract diri saya dr mengingati masa bersama atok..saya elak dr lihat gambar atok saya..apatah lagi dlm gambar tu, atok saya sihat dan keadaan tersenyum..

semoga Allah cucuri rahmat kpd atok..
semoga Allah ampunkan dosa2 atok..
semoga Allah ringankan hisab atok..
u did a great job as his servant atok..
i believe u passed away with His pleasure..insyaAllah..

sepatutnya sabtu ptg hingga ahad tgh hari ni, saya ada plan dgn batchmates saya utk spend masa bersama sblm abis bljr..kitorg sewa sebuah homestay..tapi Allah tak izinkan saya utk ikut serta..

saya pasti Allah hendak berikan saya sesuatu yg lbh baik:

-menyedarkan saya bahawa Allah turut merancang dan apa yg Dia rancang pasti berlaku..Allah maha berkuasa ke atas makhluk2nya
-menguji saya adakah saya berlapang dada dgn perancanganNya..kalau saya beriman dgn qada' dan qadarNya, then prove it!!
-mengingatkan saya bahawa pada akhirnya, kita akan ditanya mengenai tugas kita sbg khalifahNya..bagaimana ibadah kita..tdk kiralah apa yg kita disibukkan kat dunia itu, tapi at the end, tujuan kita diciptakan, itulah yg akan ditanya..
-roh itu milik Allah..
-supaya saya mengingati akhirat lebih drpd dunia..
-mgkn saya tak dpt berkumpul bersama kawan2 saya, tapi Allah beri saya dpt berkumpul dgn saudara2 saya..yg saya telah lama tak dpt berkumpul bersama..
-supaya saya berusaha utk mendpt redha Allah n dpt husnul khatimah..insyaAllah..ameen

atok...iti harap atok gembira di alam barzakh sana..iti harap atok lbh senang hidup kat sana..ameen..

Tuesday, May 8, 2012

Belajar Menerima

salam..sudah lama rasanya saya tdk post apa2..tapi alhamdulillah, hari ini Allah izinkan saya utk berkongsi pengalaman saya selama hibernate dr berblog ni..

-berlapang dada lah dlm menerima pandangan org lain

-bykkan mendengar drpd berckp supaya ego kita tak meninggi

-ikhlaslah dlm beramal..kdg2 kita rasa kita dah ikhlas melakukan sesuatu perkara, tapi bila Allah uji kita, sikap kita dlm menghadapi ujian itu tak menunjukkan kita ikhlas..alhamdulillah atas ujian itu, tanda Allah nak menegur niat kita dan pada masa yg sama perbaiki kelemahan diri sendiri..


-perkongsian dlm usrah: utk membersihkan luka burn (terbakar) , Dr akan kasi ubat tahan sakit dan ubat tidur kat patient supaya dia tak rasa sakit bila cuci luka itu..tapi patient akan tetap rasa sakit juga..nak kata kat sini bahawa, azab neraka akhirat itu (terbakar) sungguh jauh lebih sakit drpd sakit ketika cuci luka..semoga Allah jauhkan azab itu dari kita..

"(iaitu) org yg akan memasuki api yg beasr (neraka), selanjutnya dia di sana tidak mati dan tidak (pula) hidup."      (surah al-a'la:12-13)

Sunday, April 1, 2012

Amalan ke syurga dan neraka

"Apakah kita sudah beramal dgn amalan ahli syurga utk melayakkan diri kita ke syurgaNya?"

"Apakah kita sudah meninggalkan amalan ahli neraka hingga mengharamkan diri kita ke nerakaNya?"

Saturday, March 17, 2012

Wanita

Wanita (de hearty)

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Terasing (ghuraba)

salam..

kat klinik orthopaedic

Dr: do u pierce your ear for earing?
Student: u are asking me or as a general (muslim)?
Dr: as a general
Student: yes, we do
Dr: what's the use since u wear headscarf?
Another student:for husband only
Student: yes, for husband only!
Dr: .......



Usual scene at any other clinics

Male patient goes to you n say "Thanks!!" (sambil hulurkan tgn utk bersalam)
Student: *senyum sambil memberi sign 'tak mahu' bersalam*
Patient: *smile n went off*
Another friend (chinese): you are not being friendly
Student: you have to respect my religion!

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.
H.R. Muslim


Saturday, February 18, 2012

Psychiatry

salam..

Psychiatry (psy) atau org selalu sebut sbg sakit mental bukanlah semata2 sakit 'org gila'..sgt2 lah byk lagi penyakit lain yg termasuk dlm kategori sakit mental ni..sbb berlakunya sakit mental ialah ada kurang/terlebih 'neurotransmitter' dlm brain yg menyebabkan otak kita tak dpt berfungsi secara 'normal' mcm org lain..dan juga beberapa sbb yg lain..



anyway, dlm post kali ni bkn nak cerita sgt psl penyakit psy ni..tapi nak cerita psl ada seorg pesakit psy yg mana dia adalah seorg peminum arak tegar dan juga amik dadah heroin..menyebabkan otak dia ada malfunction dan dia 'nampak apa org lain tak nampak' yg dalam medical term nya visual hallucination..

nak dipendekkan cerita, pakcik ni dia kata "saya tak suka islam sbb org islam suka amalkan sihir"..."dlm al-Quran, Allah hina org kafir tapi bagi saya semua manusia patutnya sama je"..." mksd katak di bawah tempurung ialah org yg tak tau hal luar..contohnya org kelantan yg asalnya pakai tudung, tapi bila g bandar mcm kl, dia bukak tudung"...

itulah antara apa yg pakcik tu sebut yg menunjukkan rasa bencinya dia terhadap islam (dia sendiri adalah islam)..saya tak pasti kalau dia sebut dr hatinya sendiri atau ia adalah disebabkan sakit mentalnya..tapi yg pasti saya yg berada di situ terdiam tak terkata apa2 di hadapan kwn2 saya yg non-muslim yg juga berada di situ..

especially part "Allah hina org kafir dlm al-quran".. saya tak dpt nak defend islam ketika itu sbb sememangnya Allah hina org kafir cumanya ia adalah BERSEBAB..bkn tak tentu psl Allah hina mereka..tapi saya pun tak dpt nak kata mcm tu kat depan kwn2 saya sbb saya prefer kenalkan diorg dgn islam melalui pendekatan yg lembut bkn mulakan dgn ancaman..mmg Rasulullah menyebut juga khabar azab neraka bagi mereka yg tak beriman kpd umat2nya..tapi mgkn saya sendiri yg tak mampu utk menghadapi kesan slps tu..

"org islam suka amalkan sihir"..tapi saya rasa sbnrnya org melayu yg suka amalkan sihir! tapi disebabkan org melayu 'sinonim' dgn islam, maka islam dilabelkan sbg penganut yg suka amalkan sihir..atau dgn kata lain, kita menjadi fitnah kpd islam disebabkan perbuatan kita diri sendiri! camtu juga kes muslimah yg asalnya bertudung, tapi mengalami kejutan budaya bila berada di bandar dan mengikut trend fashion yg tak mengikut syariat..semoga Allah pelihara kita dr keadaan sedemikian..amin..

p/s: saka yg 'popular' di kalangan org melayu menurut seorang pakar psy ialah salah satu penyakit mental..apa yg dia nampak/dgr tapi org lain tak dpt dikatakan adalah hallucination..dikatakan saka akan diturunkan dlm keturunan itu kerana sememangnya bila seorg bapa/ibu mempunyai penyakit mental, anak2/keturunanya 'mudah' utk mendpt sakit yg sama..hm, mgkn sbb tu ada sesetgh drpd kita, yg mana dikatakan ada saka dpt berubat dgn doctor psychiatry..wallahua'lam..

p/p/s: tapi saya tak bermaksud makhluk ghaib tak wujud..kita org islam mmg beriman kpd perkara2 ghaib..n pernah dgr talk Dr MAZA,dia kata kita doctor kena tau beza saka,etc ni from medical illness..yg saya kata kat atas tu pendapat seorg psychiatrist..=)

Wednesday, January 25, 2012

Level Seseorang

salam..

alhamdulillah..baru je saya nak 'luahkan rasa sedih' kat blog, Allah memberi kefahaman kpd saya mengenai perkara sedih itu..

apa yg saya nak luahkan tu mengenai anak usrah saya..mgkn ia nampak seperti perkara kecil, tapi mgkn sbb saya letak harapan kpd manusia, kecewa itu yg saya rasa..

benda tu psl saya beberapa kali mengajak anak usrah saya ke daurah (program keagamaan)..tapi utk ada 3 drpd 4 anak usrah saya sering je menolak ajakan itu..saya sungguh nak diorg dtg daurah supaya diorg jadi lbh faham n jadi lbh baik..tapi mgkn Allah blm nak memilih diorg, maka saya perlu redha..walaupun rasa tu sgt sedih ( sampai menangis -_-'), tapi mgkn itulah kenapa org kata dakwah tu bukan utk orang manja!! bkn utk org yg mudah patah smgt! rasulullah ujian dia lagi sgt jauh hebat drpd ujian kecil utk saya ni..walau apa pun, Allah tenangkan hati saya dgn hasil tulisan blog ini ..

alhamdulillah, terima kasih Allah..semoga Allah mudahkan saya dan anak2 usrah saya utk jadi hambaNya yg lbh bertaqwa..insyaAllah..amin..

Thursday, January 12, 2012

=)

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

-copy n paste-

Monday, January 9, 2012

Married to Whom

You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Pharoah, but it didn't change her goodness or her 'aqeedah. You might be married to the best man on earth, like Prophet Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. You might not be married at all, like our beloved Maryam (raa) yet Allah swt places your status above all other women on earth. Have faith in Allah always & place your full trust in Him.He's the central focal point of our lives. - Heba El-Haddad

Tuesday, January 3, 2012

Mama

salam..

alhamdulillah selesai sudah ke-hectic-an saya utk hari ini..tak tau berakhir mcm mana tapi alhamdulillah dipermudahkan..dan alhamdulillah result surgery saya PASS (itu saja yg saya harapkan)..alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

alhamdulillah juga kerana Allah permudahkan operation ke atas emak saya..vaginal hysterectomy disebabkan rahim 'turun bawah'..ni kali ke2 mak saya jalani operation..operation pertama sbb melahirkan saya..rasa sebak sbnrnya bila tgk mak saya 'takut' nak jalani operation..nampak pada air mukanya wpun dia tdk kata apa2..mgkn mcm tu juga lah bila dia nak melahirkan saya..selepas abis operation, mak saya masih 'ngantuk' kesan ubat bius, tgk muka mak saya sekali lagi rasa sebak..nampak dia rasa tak selesa..kerut2 dahi..tak dpt nak berckp kuakan suara..haih..saya tahan je air mata dr mengalir..

alhamdulillah..bila tulis kat blog ni, baru perasan byknya kebaikan yg Allah berikan kpd saya..tapi saya...lupa....blm kira nikmat2 yg lain.. =(

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (ayat surah ar-Rahman)

Wednesday, December 28, 2011

RM30

salam..



tahniah kpd diri sendiri kerana telah kehilangan lbh krg rm30 sebentar tadi.. =.='

mgkn Allah nak tegur diri ini yang telah lama tdk menderma (tadi rasa mcm lbh baik kalau duit rm30 yg hilang tu didermakan..)..mgkn juga utk membersihkan duit saya..atau Allah nak uji saya yg tgh sedikit kesempitan wang (padahal ada 'byk' je kalau compare dgn org yg miskin sana)..hait2..saya akan bersangka baik dan berlapang dada dgn ujian ini..

(iaitu) orang2 yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).(Al-Baqarah ayat 56)

moga Allah beri yg lebih baik buat saya dgn kehilangan harta itu..
hmm,mengajar diri supaya bersyukur dan bersabar mungkin??

Friday, December 23, 2011

Orang Islam yang Sombong

salam..
alhamdulillah, sudah abis posting surgery selama 6 minggu..n skrg tgh posting ONG..iA selama 6 minggu gak..

-//-

kat kelas ptg tadi, cikgu tnya siapa org jb..saya pun angkat tgn..cikgu kata kalau nak further study dlm ONG, better kat HSA,jb..sbb HSA adalah hosp yg paling ramai ibu bersalin..n saya dgr dr kawan saya yg keje kat situ pun kata ONG adalah jabatan yg paling busy!

dlm hati saya, terus nak tukar pilihan tempat keje dr hosp sultan ismail ke HSA..padahal asalnya saya paling taknak keje kat HSA..n sbnrnya taknak pun kat jb..tapi sbb parents mcm nak saya keje kat situ, saya pun...'hmm...baiklah...'

sbnrnya nak kata kat sini betapa mudahnya Allah nak ubah hati seorang manusia itu..saya dulu slps wat elective kat terengganu, saya decide nak keje kat situ..tapi lepas tu kwn saya kata sekian2 psl hosp KT, saya pun 'oo..ok'..tukar wat pilihan kat jb (sbb parents saya gak)..dan 1st choice saya ialah hosp sultan ismail, bkn HSA atas sbb2 tertentu..tapi dgn kehendakNya, sekelip mata keputusan saya berubah,benda yg saya 'tak suka/taknak', benda tu yg akhirnya saya pilih..

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia". [Yaasiin:82]

sungguh Allah yg memegang hati manusia..
begitu juga sungguh Allah berkuasa membolak balikkan hati (iman) manusia..

"Wahai Yang membalikkan hati-hati, jadikan hatiku teguh di dalam jagaan-Mu!"(Ibnu Majah).

Merujuk kepada hadis ini, salah seorang daripada isteri-isteri baginda s.a.w bertanya kepada baginda, "Adakah engkau takut, wahai Rasul Allah?". Baginda s.a.w menjawab, "Hati orang mukmin berada di antara dua jari Allah"

-//-



semlm night posting kat labour room..masa tgh takde patient, ada seorang nurse bercerita yg HO (house officer) melayu bila dah jadi MO (medical officer), SoMbOnG..dan dia memuji yg non-malay rajin cari ilmu n kerja..tak cukup dgn itu, nurse tu sambung, "diorg lak yg mcm org Islam..patutnya yg melayu"..mula2 saya tak rasa apa2 pun bila dia ckp mcm tu..tapi bila fikir balik..adakah ni teguran dr Allah?? Allah nak kata yg saya org Islam tak berakhlak seperti seorg Islam??saya nak diri saya terasa supaya saya amik pengajaran...

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

Sunday, December 4, 2011

Marah itu Binasa

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim)

salam..

baru je lbh krg sejam yg lepas Allah uji saya dgn rasa marah..2 peristiwa SERENTAK!! tapi alhamdulillah, Allah beri ilham kpd saya teringatkan hadith ni..terus saya cari kat internet n post kat status fb supaya saya SEGERA AMALKAN apa yg saya sampaikan..dgn harapan supaya marah tu tak tempias kat org lain dan supaya saya tak ckp/buat benda ikut perasaan marah saya..

masuk bilik, saya menerima msg dr kwn yg membuat saya marah itu..msg pertama saya balas kata saya dah naik hostel..msg ke2 saya biarkan..dan dia dpt kesan yg saya marahkan dia..terus dia minta maaf byk2..

dan saya terus biarkan msg dia lagi..awalnya sudah tulis msg dgn kata2 marah..tapi terus saya delete, tak jadi hantar..sbb saya tau saya tgh marah..mmg kalau saya marah, kata2 saya boleh jadi kasar..

dgn muka yg tgh rasa panas, dia msg ckp sori lagi n mengaku dia bersalah..haih..bila dia mengaku bersalah, terus Allah lembutkan hati saya utk reply msg dia..terima kasih Allah..saya akui kelemahan saya..

semoga Allah ampunkan dosa saya dgn ujian ptg tadi..
alhamdulillahi rabb al-'alamin..

Wednesday, November 23, 2011

Tahun 5

salam..

masuk final year ni membawa perubahan kpd usrah yg saya bawa..tukar partner naqibah dan pertambahan ahli baru..buat saya risau juga dgn pertambahan ahli baru ni sbb bermaksud bertambah tanggungjawab saya utk bawa mereka ke arah Islam..dan bertambah soalan yg Allah akan tnya saya di akhirat kelak.."kenapa engkau tidak bersungguh2 bawa mereka ke arah agamaKu?..Kenapa engkau tidak menegur kesalahan mereka?.." dan byk lagi soalan2 yg menyentuh amanah saya terhadap mereka..

saya sgt takut dgn naik turunnya iman saya..soal keikhlasan dlm menyampaikan sesuatu..cukup ke sekadar menyampaikan..tapi tak masuk pun dlm jiwa mereka..hanya menambah ilmu tetapi tdk menambah amal..teguran yg dituju kpd saya juga..apatah lagi, sudah jelas lagi terang Allah sebut dlm al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (Al-Shaff: 2-3)

ya Allah, ikhlaskanlah hati ini dlm menyeru mereka ke arah kebaikan..satukanlah hati kami dlm kasih sayangMu..usrah itu sbnrnya mati sekiranya tiada ikatan hati antara ahlinya..walau betapa byk ilmu yg dikongsi sama, ibaratnya dikongsi sesama robot yang tiada hati dan jiwa..sedangkan Allah melihat kepada hati kita...dan bukannya luaran kita..

byk sgt kekurangan saya dlm menjadi naqibah..sgt perlukan pertolongan Allah dlm memperbaiki diri..bantulah hambaMu ini ya Allah..

Friday, November 11, 2011

Ketidaksempurnaan Diri

Kata-kata Imam Hasan Al-Basri:

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan”.

Ketidaksempurnaan diri bukanlah alasan utk kita tidak berdakwah..dan berdakwah itu bukanlah hanya dlm bentuk kata2..sama2 kita berusaha utk menghiasi diri dgn akhlak yg mulia..kerana musyrikin ketika zaman Rasulullah saw juga memeluk Islam kerana akhlak mulia baginda..

Sunday, October 30, 2011

The Arrival

salam..

next week keluarga belah saya g merisik (merangkap tunang kot)utk abg saya di sabah..minggu yg sama 2 kawan sekolah mrsm wat kenduri kahwin..minggu berikutnya sepupu lelaki saya lak kahwin..n the next weekend kawan saya raihah rosli pnya kenduri belah laki lak..

berturutan org kahwin..haih..bukan nak kata ia buat saya rasa nak kahwin..tapi wat saya wonder bila time saya..just wonder je~~ XD sebab rasanya umur 24 thn still ok lagi..;)

rasa mcm nak suruh org carikan jodoh saya je =)

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mahu jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku


-menanti cinta-
.ost ketika cinta bertasbih.

(mode jiwang time cuti)

-//-

sekarang tgh melayan 'the arrival' kat youtube..rasanya dr pagi sampai ke mlm tak abis2..=D ia psl agenda zionis n Tanican dlm membuat persediaan utk menerima kemunculan Dajjal..haih..dasyat betul penyembah2 syaitan ni..

pendek kata, peristiwa2 yg berlaku kat dunia zaman kita ni mmg telah dirancang oleh diorg ni..n media massa digunakan utk pengaruhi minda manusia..aim diorang ialah utk mengasingkan agama dr dlm hidup manusia..



puppet2 diorg ialah pelakon2 dan juga penyanyi2 handalan baik barat hollywood mahupun korea yg tengah meletup-letup skrg ni..sebahagian diorg sedar diorang tgh menyebarkan agenda jahat ni..tapi ada gak yg tak sedar (sbb tu saya kata puppet)..

baik dari segi penampilan pakaian mahupun dancing diorg..ada maknanya yg tersirat..n ada je penyanyi2 ni sendiri ckp yg diorg pun tak faham lirik yg diorg nyanyikan..so, eloklah kalau kita tgk2 lirik lagu yg kitorg dgr..ada tu lirik lagu motivasi, tapi video clipnya ada la maksud2 tersirat yg tak best ni..yg mgkn kebykan kita tak sedar sbb kita tak tau psl diorg ni..



saya pun tak abis tgk lagi tapi bila dah tgk skit2 ni rasa cuak lak..rasa mcm hari kiamat tu hampir sgt nak tiba..cara hindari fitnah dajjal:

"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surat Al Kahfi, ia terlindungi
dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim dan lainnya riwayat dari Abud Darda').

Dan dalam riwayat lain, “Dari akhir surah Al-Kahfi”, Muslim: 1/556. -10 terakhir-

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam pernah bersabda:

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud
akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.
Hendaknya ia berkata :

“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.” (HR. Bukhari: 2/102 dan Muslim: 1/412. Lafadz hadits ini dalam riwayat Muslim. )

Friday, October 28, 2011

Apa khabar iman?

"Apa khabar iman?"

satu soalan dr kawan yg membuat saya tersentak..sungguh saya telah lama terleka ketika cuti selama beberapa minggu ini..terima kasih sahabat..kerana mengingatkan diri ini..

teguran tu menyedarkan saya bahawa sememangnya kita perlu berada dlm kelompok mereka yg ingat Allah..supaya bila kita lupa, ada yg mengingatkan..andai saya terus keseorangan masa cuti, mgkn sahaja saya akan terus terleka...sedikit sebyk terasa nak balik melaka supaya dpt mula berusrah balik..

“Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan).



semoga sem baru yg akan bermula lepas raya haji nanti akan menjadi lbh baik wat saya..atau sbnrnya saya yg patut menjadikannya supaya lbh baik..semoga Allah permudahkan..amin..

Saturday, October 1, 2011

Nikmat yang harap tak melekakan

salam..

segala puji bagi Allah atas kelulusan dlm peperiksaan yg Allah kurniakan..tiada apa yg dpt diungkapkan melainkan kalimah suci Alhamdulillah..terima kasih juga kpd Allah kerana mewujudkan perkataan Alhamdulillah itu utk kami hambaNya zahirkan rasa kesyukuran..tapi semestinya, ucapan tdk cukup utk membuktikan rasa kesyukuran melainkan disertai dgn ketaatan yg berterusan kpdNya..iA..moga Allah permudahkan utk terus istiqamah dlm mentaatiNya..

3 minggu study week + 2 minggu exam sungguh memenatkan..mentally n physically..sampai skrg rasanya tak hilang lagi rasa penat..kalau boleh nak berehat lama lagi..mmg lepas ni cuti 5minggu..tapi...3minggu kena wat elective kat mana2 hospital yg kita nak..n saya join group yg nak wat posting kat terengganu..which means iA bertolak ke sana hari ESOK!! penat tak hilang lagi..haih~~ (tapi fikir2 balik Rasulullah saw lagi berat kot tanggungjawab dia n lagi byk benda yg dia wat..takde plak pernah dgr dlm sirah baginda mengeluh..haihhh, saya je yg over -.-)

tapi sumhow yg pasti, mmg menempuh exam 4th year ni wat kita sgt2 la bergantung kpd Allah..apalah sgt yg saya tau psl medic ni..tapi Allah permudahkan jua wat saya..dpt patient yg cooperative..examiner yg baik hati..kesian juga kat mereka yg kurang bernasib baik sbb dpt patient yg tak brapa nak faham bila dia ckp dan dpt examiner yg tnya soalan high2 level pnya..kitorg 4th year student je..blm final year, apatah lagi nak dibandingkan dgn HO/MO/specialist.. =( bdk yg pandai dr saya pun ada yg kena supplementary sbb dpt examiner yg 'susah'.. Allah mmg byk2 sgt bantu saya dlm exam ni..


ya Allah, bantulah aku dlm mentaatiMu dan mengingatiMu dlm susah dan SENANG..

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
[Yunus, 10:12]


*terasa* ;(