Wednesday, June 29, 2011

I Believe

salam~~

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him



Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away

Thursday, June 23, 2011

PPIM

salam..
sudah terlalu lamanya saya tak update..takleh lagi beri alasan computer rosak, sbb alhamdulillah sudah ada netbook baru..adakah saya bz? atau takde smgt utk tulis? ;)

weekend yg lepas saya berkesempatan utk menjadi fasilitator utk program pergerakan puteri islam malaysia (PPIM)..yg mana, seramai 150 org pelajar yg 'nakal' telah sertai selama 2 hari 3 malam..saya rasa ni kali pertama kot saya jadi fasi utk program luar..tak ingat.. =)

pada asalnya, saya bersetuju utk jadi fasi hanya kerana usrahmate saya semua join..so, saya pun ikut la sekali..tapi lepas tu, saya sedar yang memang saya perlu utk sertai program macam ni..

sebabnya ialah supaya saya sedar bahawa memang ada segolongan masyarakat kita terjebak dengan gejala2 yg tidak sihat..mgkn untuk seorg cikgu, mereka dah biasa lihat keadaan seperti ini di sekolah..tapi bagi saya, ia agak 'baru'..kerana selama ini hanya tau dr bacaan..

pelajar 'nakal' yang saya maksudkan di sini ialah mereka yg terjebak dengan perbuatan mencuri, zina, dadah dan maksiat2 lain..dan agak kasihan dengan latar belakang keluarga sebahagian mereka yang mana ada yg sudah bercerai, tdk beribu/bapa, malah ada yang ayahnya punya perempuan luar..

saya tertarik dgn beberapa ayat penceramah jemputan..

'adik2 DIUJI dengan latar belakang keluarga seperti...'

ya, saya tersedar bahawa saya harus sgt2 bersyukur dgn kurniaan Allah..lahir dari keluarga yang aman,tak porak-peranda, yang masih solat dan laksanakan ibadah2 wajib yg lain..mgkn saja kalau saya lahir dlm keluarga seperti mereka, saya turut terlibat dgn maksiat2 itu..astaghfirullah..bersyukurlah kita semua..

'kita tidak boleh hina orang walaupun dia seorg pelacur..'

berhadapan dgn adik2 ini, ada masanya saya rasa 'tidak mahu' rapat dgn mereka..kerana setiap kali saya melihat mereka, dlm fikiran saya bahawa mereka pernah melakukan perbuatan2 yang tdk baik seperti zina..astaghfirullah..sungguh keji pandangan saya itu..seolah2 saya mengatakan bahawa diri saya lbh baik dan bersih drpd mereka..padahal.... astaghfirullah =( walau apa pun saya bersyukur kpd Allah atas teguran2 itu kepada saya..walaupun penceramah itu menyampaikannya kpd adik2 itu, saya tau Allah hendak sampaikan teguran itu juga wat saya..

ya Allah, ampunilah dosa2ku..kerana memandang diri ini bersih drpd mereka..maafkanlah mereka ya Allah..berilah mereka peluang utk kembali kpdMu..berilah mereka ilmu dan hidayah drMu....dan tetapkan hati ini di atas jalanMu..

saya harap adik2 itu dapat ambil manfaat drpd program ini..biarpun sedikit, iA lama2 jadi bukit..
'sebuah rumah itu terbina drpd banyak batu..harap2 program itu adalah salah satu batu dlm hidup adik2'