Sunday, January 30, 2011

The Road Not Taken


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


- A poem by Robert Frost


salam..
terbaca poem ni kat blog orang..seingat saya, ni poem yg saya bljr masa tingkatan 1..hm, ingat muka cikgu yg ajar tapi tak ingat nama dia..sori teacher!! =D

hmm,jap..teacher Laili kot nama dia.. =)

kalau nak kaitkan poem ni dgn hidup saya, saya akan kata the road nat taken is the road that i might take other than medical field..XD..bknlah nak kata saya menyesal amik medic..alhamdulillah saya masih yakin dgn doa saya sblm saya decide bidang apa yg saya akan amik..sbb saya yakin apa2 yg Allah tetapkan itulah yg terbaik..

plus, bkn satu perkara yg baik utk mengatakan "kalau lah dulu saya....,mgkn saya takkan...skrg." sbbnya ada hadith yg berbunyi:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim
]

Friday, January 28, 2011

Escape to KL

salam..
right now in kl, at my auntie's house, using my sister's laptop..=)

nasib baik hari ni jumaat cuti, cuti yg kolej saya kasi sbb mlm semlm punya annual night ramai org dtg..tapi saya tak dtg..=D saya assume je hari jumaat cuti dan so bertolak ke kl khamis tgh hari jemput parents kat LCCT dgn kakak saya..

Vietnam

alhamdulillah, selamat perjalanan pegi dan balik mak ayah saya..dan alhamdulillah ada rezeki saya kat vietnam tu =) mksd saya ada la souvenir2 yg parents saya beli..n yg tak diduganya, barang yg saya cari sblm ni rupanya Allah dah tetapkan ia berada di vietnam dan melalui parents saya ia sampai kat tgn saya..alhamdulillah..


n cerita yg 'suspen'nya ialah masa saya naik komuter nak berhenti kat sg buluh (kakak saya tunggu di situ)..masa saya nak kua dr komuter tetiba teringat psl 'kad pelepas' komuter yg saya simpan dlm purse..kelam kabutnya sbb saya teringat saya letak purse atas riba masa duduk ditutupi oleh beg sandang..cepat2 saya g ke tempat duduk saya dan cari..alhamdulillah, nasib baik ia berada berhampiran kerusi..then, saya pecut lari kua dr komuter memandangkan pintu tu dah berbunyi tanda nak tutup.. =D

sgt bersyukur Allah detikkan dlm hati saya utk teringat psl kad pelepas n kat mana saya letak purse dan juga sempat utk saya berlari kua dr komuter supaya tak terlepas station sg buluh..=)kalau tak jmpa tu jawabnya saya terlepas la station sg buluh..dan kalau tak terdetik hati saya psl kad pelepas, mmg terlepas la purse saya yg berisi pelbagai benda penting dlm komuter tu..alhamdulillah..

kat LCCT surau lak saya terkagum dgn ada seorg ibu ini mengajar anak keciknya utk smyg qasar..n then anak laki dia yg juga masih kecik pun sambil menunggu waktu mgrb masuk, dia memperdgrkan bacaan al-quran nya kepada si ibu..salute ok!! =) tak mcm saya..tunggu punya tunggu, tunggu kosong..tak berisi amal..kalau ye pun takde alquran boleh kot berzikir..hmm, mgkn tu teguran dr Allah juga kot kepada saya yg lalai dan tersgtla lalai..;(

“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS.Ali Imraan (3):190-191)

Monday, January 24, 2011

Melawat Makcik



salam..
sabtu lepas menghadiri jemputan kenduri kawin kawan lagi..kali ni rummet saya kat mrsm dulu..slps seorg lagi rummet saya kawin di perak tapi saya tak dpt dtg..so, tinggal saya dan seorg lagi rummet je yg blm kawin..sure kwn saya tu akan kawin dulu..plan saya utk kawin masih jauh lagi.. =)

sgt seronok dpt jmpa kawan lama..wpun tak dpt borak lama..sbb saya dtg dgn kwn pengantin lelaki yg sama tempat bljr dgn saya..so, saya kena teman diorg gak la kan.. =) papepun, ia membuat saya rasa gembira dan best..alhamdulillah..

-//-

keesokan harinya (ahad), saya bersama dgn 1 group usrah senior melawat rumah makcik yg masih dlm jalan tarbiyah..saya selalu rasa kagum dan 'jeles' dgn mereka yg berusia tapi masih dlm jalan Allah..sbb saya takut mcm mana nasib saya bila dah tua nanti..masih ke saya selalu ingat Allah..masih ke saya taat kpdNya..saya hanya boleh harap belas kasihan Allah sahaja..dgn amalan dan diri saya skrg, sangatlah tak layak utk mendpt redhaNya..Allah lbh tahu dosa dan gelap terang hati saya..

Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu
Namun masih ku mengharap ampunanMu
Mestica-Destinasi Cinta

dlm perjmpaan itu, makcik usrah pun turut berkongsi cerita psl hidupnya dulu kat sekolah n luar negara..mcm yg kita tau, zaman dulu sememangnya sukar utk mencari mereka muslimah yg benar2 menutup aurat..org kata pelajar yg belajar kat univ al-Azhar amik aliran agama dulu pun kalau balik msia blm tentu menutup aurat,malah pakai skirt lagi..wallahu a'lam..tapi apa2 pun sejarah hitam dlm hidup manusia, Allah melihat pada pengakhiran hidup kita..tdk kisahla kalau awal2/dulu2 kita mcm mana, tapi bila kita dah bertaubat, iA Allah akan ampunkan kita..amin..

sbb saya yakin setiap org pun ada sejarah hitam dlm hidup masing2..tiada siapa yg perfect..tiada siapa yg tak pernah wat dosa..cuma yg kita harap kita tak ulang wat dosa yg sama..dan sentiasa bertaubat, bertaubat dan bertaubat..semoga Allah ringankan hati dan badan kita utk melakukan solat taubat dan lembut lidah menyebut istighfar..amin..



dlm usrah senior tu jugak, actually ada yg sbnrnya free hair..n we know about that..mksdnya kat sini, takde istilah nak masuk usrah ni mesti kena baik, tdg labuh n segala mcm kebaikan..takde apa2 syarat utk join usrah..n tak perlu lah nak label bdk usrah sbg org yg 'bersih'..takde maknanya..sbb ada juga cerita,org yg masuk usrah dulu2 tapi bila tgk skrg dah jadi 'lain'...tdg ntah ke mana...etc,etc..mintak dijauhkan..

hmm,sesiapa pun boleh berubah kan??sama ada kpd baik atau sebaliknya..sbb tu seperti yg saya ckp tadi, Allah melihat kpd pengakhiran kita..adalah suatu perkara yg baik kalau kita masih ingat dosa dulu n sentiasa menyesali, tapi takdelah maknanya kita takde harapan utk kembali kpdNya..semoga hidup kita sedang dan berakhir dgn kebaikan..n sama2lah kita berdoa semoga kita tetap di atas jalan yg benar sampai tiba 'masa kita'..

-//-
kelas hari ini, lecturer saya ajar sedikit psl kebarangkalian(probability)..contoh yg diberi:
-probability matahari terbit dr barat 0 (mustahil berlaku)
-probabilty setiap yg hidup akan mati 1 (pasti berlaku)
sblm tu, saya kena bgtau lecturer saya ni nonmuslim..=)
so, dia pun explain psl contoh pertama tu..

Venus

Mars

dia kata planet Venus skrg dah berputar pada arah yg bertentangan..n disebabkan hal itu, berlaku perubahan pada kandungan udara kat planet itu..n apa yg saya baca tak lama dulu (tak ingat dr mana), psl planet mars dah mula bergerak perlahan n dijangka akan bergerak pada arah bertentangan gak..n mereka kata Bumi pun mgkn akan mengalami benda yg sama..hmmm...

dgn kata lain salah satu tanda besar hari kamat akan berlaku..
selepas byk tanda2 kecil sudah pun berlaku..
wallahu a'lam..

Friday, January 21, 2011

Another Tough Day


salam..
another 'down' day...being a medical student is really not easy for me..sbb saya bkn 100% nak jadi doctor..maybe 55%??hmm..dgn peratus yg rendah mcm tu, mmg sgt senang utk saya rasa down n terlintas dlm hati nak patah balik masa..sgt kerap terfikir mcm tu..n saya tau ada juga student medic lain yg rasa mcm saya especially yg amik medic sbb parents suh..seriously, saya rasa utk amik medic, it must come with ur own interest..or else it will be hard for u to go through 5-6years of this field..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


yup, saya beriman dgn ayat di atas..tapi seperti dlm lirik lagu 'rahmat ujian' dendangan mestica..
bibir mudah mengucap sabar tapi hati yg remuk menderita
insan memandang punyai pelbagai tafsiran

saya tak dpt bayangkan mcm mana saya kerja jadi HO nanti.........

-//-

tadi kelas presentation psl HIV-AIDS...salah satu cara kurangkan risiko dpt HIV ialah bersunat bagi lelaki..n the lecturer said, "since many years ago, muslim n jewish practice male circumcision (bersunat) n it is a good practice..but i dont know how they know this benefit during that time"...i said in my heart "they may not know this benefit at that time (lack of science technology) but because it is an order by God n we believe He knows whats best for us.."...wish that i could say like that to him directly..

then, came to prevention n treatment part for HIV..seems like we doctors more on to treat the effect from multiple sexual partner..not really preventing from getting HIV..example like wearing condom during sexual intercourse..what came to my mind was that "Does it mean they allow to have multiple sexual partners?only that they need to wear condom?"
-_-'

this was what i meant

as the saying goes, "prevent is better than cure"..and the verse in Quran:

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jelek". (Q.S. Al Israa': 32).

-//-

some facts that i want to share:
-gay population in the western has reach upto 51%..n 'thanks' for legalising gay marriage..
-umur perempuan rata2 lbh pnjg drpd lelaki..n tu adalah salah satu kebaikan kenapa Islam membenarkan poligami..
-average jangka hayat org msia ialah lbh krg 72thn

thats all..

p/s: alhamdulillah, laptop mcm dah sihat skit..boleh type dgn aman.. =)

Tuesday, January 18, 2011

Muhasabah Hisab Diri

salam...
copy n paste dr emel yg saya dpt..

Hisablah diri sebelum dihisabkan...
Berubahlah selagi diri punya kesempatan untuk berubah..

Hisab...
Bukan berapa banyak amal yang sudah dilakukan, tetapi bagaimana diri menghabiskan setiap detik, yang akan ditanyai untuk apa ia dipergunakan...

Bukan berapa banyak harta yang diinfaq-kan, tetapi bagaimana kita mampu mempertanggungjawabkan setiap kenikmatan rezeki yang dinikmati di samping kesusahan jiwa yang lain...

Bukan betapa baiknya kita di hadapan manusia zaman ini yang tidak jelas nasibnya di hari nanti, tapi seberapa dekat amalan kita terhadap tuntuan Al – Qur’an dan Sunnah Rasulullah, sebebarapa dekat amalan dan akhlak kita dengan para Sahabat yang sudah dijamin masuk surga.. Itulah tolak ukur kita...

"Seberapa dekat kita dengan Sayyidina Abu Bakar yang mampu menginfaq-kan seluruh hartanya dalam suatu peperangan...

Seberapa dekat kita dengan Sayyidina Ali yang mampu tidur menggantikan Rasulullah SAW dengan resiko jelas nyawa beliau-lah taruhannya..

Seberapa dekat... kita dengan Aisyah.. yang mampu merelakan sebiji kurma untuk disedekahkan karena memang itulah yang beliau miliki untuk disedekahkan...

Seberapa dekat... Seberapa dekat...

Kecintaan kita kepada Allah.. dengan kecintaan para ahli surga dalam mencintaiNya....

Thursday, January 13, 2011

The Postponed Post

salam...
recalling what happened in these few days..

-//-


skrg tgh membaca buku 'Most Common Question Asked by Non-muslim'..karya Dr Zakir Naik..1st time dgr ceramah beliau adalah debate antara beliau dgn Dr Campbell berkenaan sains n math dlm Quran n Bible..masa tu mmg sgt kagum la dgn dia..smart sgt!!

baru baca beberapa topik awal buku ni..antaranya soal poligami n hijab bagi perempuan..perkara baru yg saya tahu psl poligami -- rupa2nya cuma agama Islam je yg ada menetapkan berapa isteri yg boleh dikahwini oleh seorg laki..dlm agama lain takde pun..so,zaman dulu2 mmg diorg actually amalkan je poligami..cuma sampai satu masa, manusia itu sendiri yg menetapkan bahawa antara mereka sendiri hanya boleh kawin seorg..kiranya peraturan manusia la n bkn dr 'Tuhan' mereka..n actually nak dibandingkan dgn zaman skrg, diorg yg instead of kawin ramai, diorg pilih utk 'meramaikan' perempuan simpanan..n melalui poligami, Islam sbnrnya memelihara kedudukan dan maruah seorg perempuan tu..sbb bila fikir secara logiknya mestilah kita akan pandang serong kat pempuan simpanan kan drpd isteri ke2 kpd seorg lelaki.. =) then, dgn bilangan perempuan yg lbh ramai drpd laki, ditambah pula dgn bilangan gay yg ramai, dgn cara poligami iA lbh ramai perempuan yg terpelihara hidupnya..


bab hijab pula, takde benda baru sgt..mksd saya, explaination dia mostly sama dgn penerangan2 drpd bacaan lain..cuma peringatan wat saya ialah hijab itu termasuklah hijab mata, telinga, lidah dan paling penting hijab hati..bkn sahaja pakaian luar..if kita rasa kita iA dah pakai hijab luar, kita fikir hijab yg lain plak mcm mana ye?? ;(

then, psl arak n pork..actually agama kristian pun tak boleh je mkn n minum benda haram tu..tapi ntah kenapa diorg mcm wat tak kisah je..mgkn diorg tak tau kot..wallahu a'lam..reference buku bible n verse yg mana ada disertakan dlm buku tu sekali..

-//-


semlm ada gabungan usrah di luar..disampaikan oleh kakak senior dr group usrah lain..menarik mcm mana dia kaitkan hadith ghulam dgn kehidupan kita sbg manusia..mcm mana menjadikan apa yg kita bljr (medic,ingineering,pendidikan,etc) sbg alat utk dakwah..kalau mgkn sbg Doctor org kononnya akan pandang mereka sbg seseorg yg berstatus, kita gunakan status tu utk berdakwah..yg mana org kata iA mereka pesakit ni akan percaya akan kata2 kita kan..dan semestinya status tu bknlah utk dibangga..

-//-

sabtu lepas, menghadirkan diri ke majlis pertunangan sepupu saya..simple je mjls, sepupu saya siap lambat dtg ke majlis sbb ada kursus keje..so takdelah scene bakal mak mentua menyarungkan cincin ke jari sepupu saya..n takde pakaian special2 mahupun hantaran yg dirancang.. =)

yg bestnya sbb dpt jmpa beberapa keluarga saudara..walaupun takde borak panjang tapi bila dah berkumpul ramai2 lepas abis majlis, ketawa tak abis2 je kejenya..dan kebetulan hari yg sama ialah hari jadi makcik saya..so, kek yg pihak laki saja2 kasi sbg buah tgn dijadikan kek hari jadi.. =D harap2 pertemuan hari tu akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..amin..

Monday, January 10, 2011

2 Days 1 night


salam..
=) gembira sbb boleh type dgn aman kat laptop (at least hari ni)..sejak 2hari lepas,laptop saya menunjukkan symptoms dia dah nazak..saya rasa hampir setiap 2-3 saat akan kua box yg sgt mengganggu utk saya type atau baca pape kat tenet..n ntah kenapa hari ni dia 'sihat' skit..cuma mslh masa nak 'on' tu masih ada lagi la..hmm,lepas ni kena kurangkan perbelanjaan mknan n divert dia ke arah duit simpanan utk beli laptop baru..haiihhh..

-//-

weekend yg lepas bagi saya sgtlah penuh dgn program..bermula dgn jumaat mlm yg mana ada program bulanan qiyam..program tu ada gak selit ceramah..n ceramah kali ni berkenaan dgn freemason..hmm...yg penting psl ceramah tu kena berhati2 la dgn guzwatul fikr (serangan fikiran) yg dilaksanakan oleh org non-muslim ni..mcm dr sudut hiburan ke kan..yg saya baca, disney tu under freemason ni..tak mustahil la dr cerita2 kartun ni pun, diorg ada selitkan 'agenda' diorg..



contohnya mcm kwn saya cerita..dlm cerita kartun rapunzel yg agak masih baru kua..kwn saya kata ada part dlm cerita tu tetiba ada tarian berkaitkan dgn matahari..sepertinya mereka sembah matahari..lagu tarian tu pun kwn saya kata liriknya ada part yg boleh dikatakan melibatkan akidah kita..wallahu a'lam.. ni kwn saya yg cerita sbb dia tgk cerita tu..dia kata bila sampai je part matahari tu, mmg dia terus rasa tak sedap hati..n yg 'tak bestnya' part saya dgr, dia kata ada org2 lain yg 'bergembira' dan suka dgn lagu tu..ya Allah, jauhkan kami dr terpesong akidah sama ada kami sedar mahupun tidak..bayangkanlah org nyanyi lagu yg mana dia tak sedar boleh pesongkan akidah dia..na'uzubillah minzalik..

-//-



hari sabtu lak, kakak naqibah saya kawin..alhamdulillah..kami g dgn 3 kereta..rasanya ni first time,saya hadiri kenduri kawin 'bkn sdara' saya..n bkn kwn parents saya.. =D

haihh..ramai benor kwn2 saya kawin dlm masa terdekat ni..bln lepas, rummet kat sekolah menengah dulu..mggu depan rummet lagi seorg..bln febuari pun ada gak kwn lain..hmm..harap korg smua bahagia la hendaknya..dapat membina baitul muslim yg berkat dan lahir zuriat yg soleh dan solehah yg iA akan sumbang kpd agama..amin

“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim).
-//-



then hari ahad, kitorg beberapa group usrah, ada daurah..psl syahadatul haq (penyaksian akan kebenaran)..penyampainya sgt best dan kelakar..kesimpulan yg dpt disimpulkan ialah kita semua bila mengaku muslim (lafaz kalimah syahadah) bertanggungjwb utk sebarkan islam kpd org lain..baik org tu muslim(perbaiki) atau non-muslim..sampaikan dlm bentuk perkataan mahupun perbuatan (akhlak)..sbb setiap org pun ada kelebihan masing2 utk dimanfaatkan utk agama..tak semestinya org yg pandai berckp je boleh berdakwah..sbb Allah Maha Adil dlm memberi peluang utk kita berdakwah..cumanya kita kena cari kelebihan yg Allah beri n manfaatkannya sebaik mgkn utk islam..iA..

saya teringat kisah tufayl bin 'amru ad-Dausi yg diceritakan oleh penceramah..slps dia masuk islam, dia minta pada Rasulullah saw supaya berdoa kpd Allah supaya diberi tanda agar org Kg ad-Dausi akan mempercayai kata2 dakwah yg akan disampaikannya..maka dgn izin Allah, beliau dikurniakan dahi yg bercahaya..maka, slps sethn beliau berdakwah, beliau pun kembali berjmpa dgn Rasulullah saw..bila baginda bertnya berapa ramaikah yg masuk islam..tufayl menjwb hanya 1 sahaja..dan org berkenaan ialah perawi hadith Abu Hurairah r.a..hmm,mksd tersirat drpd cerita ni ialah wpun mgkn dakwah kita hanya skit yg ikut, iA ada juga bhgn pahala yg kita akan peroleh bilamana org yg didakwah itu berbuat kebaikan..iA..

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa yang menyeru untuk berbuat kebaikan, maka dia akan mendapat ganjaran pahala sepertimana balasan orang-orang yang mengikutnya, sama sekali tidak dikurangkan ganjaran pahala mereka itu barang sedikit pun. Dan barangsiapa yang menyeru untuk berbuat keburukan, maka dia akan mendapat ganjaran dosa sepertimana balasan orang-orang yang mengikutnya, sama sekali tidak dikurangkan balasan dosa mereka itu barang sedikit pun.” Riwayat Al-Imam Ibnu Majah

so,kita jgnlah lihat besar/kecil usaha/jayanya dakwah tu..takde lagi alasan,kita tak mampu atau tak layak..melainkan kita rasa alasan tu Allah akan terima bila di akhirat kelak kita ditanya akan tanggungjwb kita..wallahu a'lam..

Thursday, January 6, 2011

Siapa gembira dia post blog

salam..
sgt gembira hidup saya sejak semalam.. alhamdulillah =) selepas abis exam posting paed yg tertangguh sbb cuti jumaat lepas..mcm satu beban berat dah lepas.. =D

skrg iA masa saya sgt free selama lbh krg 2.5 bln termasuk cuti sem..tapi semestinya masa lapang itu perlu diisi dgn membaca juga..tanpa buku di tgn, apa maknanya hidup sbg seorg pelajar medic...(takde maknanya..) -_-'

tahap gembira saya sampai saya nak bercerita kat blog ni ye.. =) alhamdulillah.. takde benda nak tulis sbnrnya..cumanya....

nak meluahkan rasa meluat yg dah tak larat dah nak simpan..meluat bila banyaklah sgt post2 berkaitan membuang bayi dan perbuatan sumbang kat home fb saya..haiihhhh...tension ok!!byk post sbbnya saya 'like' group 'jom tutup aurat dan jaga akhlak'...'tension' plak sebab join..=D baru 'sedar' yg masyarakat muslim kat negara ni memang teruk =(

saya tak tau nak tolong mcm mana.. =(
saya harap sgt satu hari nanti diorg yg terlibat akan sedar..amin..n mintak sgt dijauhkan berlaku dlm golongan kaum kerabat saya...amin...

-//-


saya dah pun selesai membaca buku yg saya pinjam dr kwn saya 'travelog haji'..apa nak komen ye??saya bagi markah 7/10...lulus kan?? =D simple la jalan ceritanya tapi bermakna..ada part yg berjaya menyentuh hati saya..wat saya nangis..( saya memang senang nangis..sememeh kan =p )..alhamdulillah.. Allah membuktikan sesiapa pun boleh berubah kpd lbh baik kalau dia mahu dan berusaha ke arah itu..semestinya dgn izinNya..hidayah tu sesiapa pun boleh dpt..

kalau kita tgk org lain, mgkn skrg dia 'tak berapa baik'..tak mustahil akan dtg dia lbh baik dr kita..n kita yg kononnya 'baik' skrg, tak semestinya baik juga masa akan dtg..Allah berkuasa pesongkan hati sesiapa yg Dia kehendaki..haihh, mintak kita dijauhkan drpd hal sedemikian..amin.. =(

ali-imran:8

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"

saya doakan penulis akan terus istiqamah atas jalanNya..sbb org seperti dia sgt diperlukan..harap2 anak2nya akan jadi penyambung usaha dakwahnya selepas menerima asuh didikan dr ayah mereka..iA..amin..

-//-

nak share satu hadith yg saya baru je baca dr fb drpd 'hadith of the day'..

Narrated Abu Huraira: The Prophet (peace be upon him) said, "Religion is very easy and whoever overburdens himself in his religion will not be able to continue in that way. So you should not be extremists, but try to be near to perfection and receive the good tidings that you will be rewarded; and gain strength by worshipping in the mornings, the nights." [Bukhari Volume 1, Book 2, Number 38]

wallahu a'lam..

Monday, January 3, 2011

Lidah Pemalu


salam..
stress membaca, so ingatkan update la skit blog ni..hmm...
just nak share apa yg saya baca semlm..sebuah peringatan wat saya..

hmm..saya kena lbh kawal kata2 yg kua dr mulut mulai skrg..iA..baik dlm alam nyata ataupun alam maya (esp fb yg sesiapa pn boleh baca)..sbb saya percaya ia melambangkan hati dan peribadi kita mcm mana..itu yg saya pegang..n dgn cara ni jugak merupakan salah satu cara saya nilai tahap iman saya..naik turunnya..

saya tertarik dgn satu petikan yg saya baca dr internet jugak..

"Seorang wanita yang pemalu tidak akan merenung kepada sesiapa yang berbicara dengannya. Dan ketawanya hanyalah dengan senyuman apabila dengan kehadiran orang asing, dan tidak ketawa terbahak-bahak. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melakukannya walaupun dia seorang lelaki. Daripada Abdullah bin Harith bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah ketawa kecuali dengan senyuman.”(hadith riwayat At-Tirmidzi). Dan wanita apabila ingin membeli perhiasan peribadinya (pakaian dan lain-lain), perasaan malunya akan menghalangnya daripada membeli daripada penjual lelaki."

kena tebalkan rasa malu lepas ni..takleh nak sesuka hati gelak "haha,hehe,hihi,hoho,huhu" dan seumpamanya (dlm public)..iA =)

“Iman itu mempunyai tujuh puluh lebih cabang, dan malu itu merupakan sebahagian daripada iman.”(hadith riwayat Muslim).

Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu".
Para sahabat berkata:
"Sesungguhnya kami semua telah pun malu kepada Allah swt, alhamdulillah".
Selanjutnya baginda bersabda lagi yang bermaksud:
"Bukan begitu, tetapi malu kepada Allah sebenar-benar malu ialah engkau memelihara kepala dan apa yang ada diatasnya dan engkau memelihara perut dan apa yang ada di dalamnya(apa yang dimakan), mengingati mati dan kebusukannya. Barangsiapa menghendaki akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia dan barangsiapa yang melakukan pekara tersebut, maka ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya".
(Riwayat at-Tarmizi)