Wednesday, December 28, 2011

RM30

salam..



tahniah kpd diri sendiri kerana telah kehilangan lbh krg rm30 sebentar tadi.. =.='

mgkn Allah nak tegur diri ini yang telah lama tdk menderma (tadi rasa mcm lbh baik kalau duit rm30 yg hilang tu didermakan..)..mgkn juga utk membersihkan duit saya..atau Allah nak uji saya yg tgh sedikit kesempitan wang (padahal ada 'byk' je kalau compare dgn org yg miskin sana)..hait2..saya akan bersangka baik dan berlapang dada dgn ujian ini..

(iaitu) orang2 yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).(Al-Baqarah ayat 56)

moga Allah beri yg lebih baik buat saya dgn kehilangan harta itu..
hmm,mengajar diri supaya bersyukur dan bersabar mungkin??

Friday, December 23, 2011

Orang Islam yang Sombong

salam..
alhamdulillah, sudah abis posting surgery selama 6 minggu..n skrg tgh posting ONG..iA selama 6 minggu gak..

-//-

kat kelas ptg tadi, cikgu tnya siapa org jb..saya pun angkat tgn..cikgu kata kalau nak further study dlm ONG, better kat HSA,jb..sbb HSA adalah hosp yg paling ramai ibu bersalin..n saya dgr dr kawan saya yg keje kat situ pun kata ONG adalah jabatan yg paling busy!

dlm hati saya, terus nak tukar pilihan tempat keje dr hosp sultan ismail ke HSA..padahal asalnya saya paling taknak keje kat HSA..n sbnrnya taknak pun kat jb..tapi sbb parents mcm nak saya keje kat situ, saya pun...'hmm...baiklah...'

sbnrnya nak kata kat sini betapa mudahnya Allah nak ubah hati seorang manusia itu..saya dulu slps wat elective kat terengganu, saya decide nak keje kat situ..tapi lepas tu kwn saya kata sekian2 psl hosp KT, saya pun 'oo..ok'..tukar wat pilihan kat jb (sbb parents saya gak)..dan 1st choice saya ialah hosp sultan ismail, bkn HSA atas sbb2 tertentu..tapi dgn kehendakNya, sekelip mata keputusan saya berubah,benda yg saya 'tak suka/taknak', benda tu yg akhirnya saya pilih..

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia". [Yaasiin:82]

sungguh Allah yg memegang hati manusia..
begitu juga sungguh Allah berkuasa membolak balikkan hati (iman) manusia..

"Wahai Yang membalikkan hati-hati, jadikan hatiku teguh di dalam jagaan-Mu!"(Ibnu Majah).

Merujuk kepada hadis ini, salah seorang daripada isteri-isteri baginda s.a.w bertanya kepada baginda, "Adakah engkau takut, wahai Rasul Allah?". Baginda s.a.w menjawab, "Hati orang mukmin berada di antara dua jari Allah"

-//-



semlm night posting kat labour room..masa tgh takde patient, ada seorang nurse bercerita yg HO (house officer) melayu bila dah jadi MO (medical officer), SoMbOnG..dan dia memuji yg non-malay rajin cari ilmu n kerja..tak cukup dgn itu, nurse tu sambung, "diorg lak yg mcm org Islam..patutnya yg melayu"..mula2 saya tak rasa apa2 pun bila dia ckp mcm tu..tapi bila fikir balik..adakah ni teguran dr Allah?? Allah nak kata yg saya org Islam tak berakhlak seperti seorg Islam??saya nak diri saya terasa supaya saya amik pengajaran...

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

Sunday, December 4, 2011

Marah itu Binasa

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim)

salam..

baru je lbh krg sejam yg lepas Allah uji saya dgn rasa marah..2 peristiwa SERENTAK!! tapi alhamdulillah, Allah beri ilham kpd saya teringatkan hadith ni..terus saya cari kat internet n post kat status fb supaya saya SEGERA AMALKAN apa yg saya sampaikan..dgn harapan supaya marah tu tak tempias kat org lain dan supaya saya tak ckp/buat benda ikut perasaan marah saya..

masuk bilik, saya menerima msg dr kwn yg membuat saya marah itu..msg pertama saya balas kata saya dah naik hostel..msg ke2 saya biarkan..dan dia dpt kesan yg saya marahkan dia..terus dia minta maaf byk2..

dan saya terus biarkan msg dia lagi..awalnya sudah tulis msg dgn kata2 marah..tapi terus saya delete, tak jadi hantar..sbb saya tau saya tgh marah..mmg kalau saya marah, kata2 saya boleh jadi kasar..

dgn muka yg tgh rasa panas, dia msg ckp sori lagi n mengaku dia bersalah..haih..bila dia mengaku bersalah, terus Allah lembutkan hati saya utk reply msg dia..terima kasih Allah..saya akui kelemahan saya..

semoga Allah ampunkan dosa saya dgn ujian ptg tadi..
alhamdulillahi rabb al-'alamin..

Wednesday, November 23, 2011

Tahun 5

salam..

masuk final year ni membawa perubahan kpd usrah yg saya bawa..tukar partner naqibah dan pertambahan ahli baru..buat saya risau juga dgn pertambahan ahli baru ni sbb bermaksud bertambah tanggungjawab saya utk bawa mereka ke arah Islam..dan bertambah soalan yg Allah akan tnya saya di akhirat kelak.."kenapa engkau tidak bersungguh2 bawa mereka ke arah agamaKu?..Kenapa engkau tidak menegur kesalahan mereka?.." dan byk lagi soalan2 yg menyentuh amanah saya terhadap mereka..

saya sgt takut dgn naik turunnya iman saya..soal keikhlasan dlm menyampaikan sesuatu..cukup ke sekadar menyampaikan..tapi tak masuk pun dlm jiwa mereka..hanya menambah ilmu tetapi tdk menambah amal..teguran yg dituju kpd saya juga..apatah lagi, sudah jelas lagi terang Allah sebut dlm al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (Al-Shaff: 2-3)

ya Allah, ikhlaskanlah hati ini dlm menyeru mereka ke arah kebaikan..satukanlah hati kami dlm kasih sayangMu..usrah itu sbnrnya mati sekiranya tiada ikatan hati antara ahlinya..walau betapa byk ilmu yg dikongsi sama, ibaratnya dikongsi sesama robot yang tiada hati dan jiwa..sedangkan Allah melihat kepada hati kita...dan bukannya luaran kita..

byk sgt kekurangan saya dlm menjadi naqibah..sgt perlukan pertolongan Allah dlm memperbaiki diri..bantulah hambaMu ini ya Allah..

Friday, November 11, 2011

Ketidaksempurnaan Diri

Kata-kata Imam Hasan Al-Basri:

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan”.

Ketidaksempurnaan diri bukanlah alasan utk kita tidak berdakwah..dan berdakwah itu bukanlah hanya dlm bentuk kata2..sama2 kita berusaha utk menghiasi diri dgn akhlak yg mulia..kerana musyrikin ketika zaman Rasulullah saw juga memeluk Islam kerana akhlak mulia baginda..

Sunday, October 30, 2011

The Arrival

salam..

next week keluarga belah saya g merisik (merangkap tunang kot)utk abg saya di sabah..minggu yg sama 2 kawan sekolah mrsm wat kenduri kahwin..minggu berikutnya sepupu lelaki saya lak kahwin..n the next weekend kawan saya raihah rosli pnya kenduri belah laki lak..

berturutan org kahwin..haih..bukan nak kata ia buat saya rasa nak kahwin..tapi wat saya wonder bila time saya..just wonder je~~ XD sebab rasanya umur 24 thn still ok lagi..;)

rasa mcm nak suruh org carikan jodoh saya je =)

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mahu jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku


-menanti cinta-
.ost ketika cinta bertasbih.

(mode jiwang time cuti)

-//-

sekarang tgh melayan 'the arrival' kat youtube..rasanya dr pagi sampai ke mlm tak abis2..=D ia psl agenda zionis n Tanican dlm membuat persediaan utk menerima kemunculan Dajjal..haih..dasyat betul penyembah2 syaitan ni..

pendek kata, peristiwa2 yg berlaku kat dunia zaman kita ni mmg telah dirancang oleh diorg ni..n media massa digunakan utk pengaruhi minda manusia..aim diorang ialah utk mengasingkan agama dr dlm hidup manusia..



puppet2 diorg ialah pelakon2 dan juga penyanyi2 handalan baik barat hollywood mahupun korea yg tengah meletup-letup skrg ni..sebahagian diorg sedar diorang tgh menyebarkan agenda jahat ni..tapi ada gak yg tak sedar (sbb tu saya kata puppet)..

baik dari segi penampilan pakaian mahupun dancing diorg..ada maknanya yg tersirat..n ada je penyanyi2 ni sendiri ckp yg diorg pun tak faham lirik yg diorg nyanyikan..so, eloklah kalau kita tgk2 lirik lagu yg kitorg dgr..ada tu lirik lagu motivasi, tapi video clipnya ada la maksud2 tersirat yg tak best ni..yg mgkn kebykan kita tak sedar sbb kita tak tau psl diorg ni..



saya pun tak abis tgk lagi tapi bila dah tgk skit2 ni rasa cuak lak..rasa mcm hari kiamat tu hampir sgt nak tiba..cara hindari fitnah dajjal:

"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surat Al Kahfi, ia terlindungi
dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim dan lainnya riwayat dari Abud Darda').

Dan dalam riwayat lain, “Dari akhir surah Al-Kahfi”, Muslim: 1/556. -10 terakhir-

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam pernah bersabda:

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud
akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.
Hendaknya ia berkata :

“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.” (HR. Bukhari: 2/102 dan Muslim: 1/412. Lafadz hadits ini dalam riwayat Muslim. )

Friday, October 28, 2011

Apa khabar iman?

"Apa khabar iman?"

satu soalan dr kawan yg membuat saya tersentak..sungguh saya telah lama terleka ketika cuti selama beberapa minggu ini..terima kasih sahabat..kerana mengingatkan diri ini..

teguran tu menyedarkan saya bahawa sememangnya kita perlu berada dlm kelompok mereka yg ingat Allah..supaya bila kita lupa, ada yg mengingatkan..andai saya terus keseorangan masa cuti, mgkn sahaja saya akan terus terleka...sedikit sebyk terasa nak balik melaka supaya dpt mula berusrah balik..

“Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan).



semoga sem baru yg akan bermula lepas raya haji nanti akan menjadi lbh baik wat saya..atau sbnrnya saya yg patut menjadikannya supaya lbh baik..semoga Allah permudahkan..amin..

Saturday, October 1, 2011

Nikmat yang harap tak melekakan

salam..

segala puji bagi Allah atas kelulusan dlm peperiksaan yg Allah kurniakan..tiada apa yg dpt diungkapkan melainkan kalimah suci Alhamdulillah..terima kasih juga kpd Allah kerana mewujudkan perkataan Alhamdulillah itu utk kami hambaNya zahirkan rasa kesyukuran..tapi semestinya, ucapan tdk cukup utk membuktikan rasa kesyukuran melainkan disertai dgn ketaatan yg berterusan kpdNya..iA..moga Allah permudahkan utk terus istiqamah dlm mentaatiNya..

3 minggu study week + 2 minggu exam sungguh memenatkan..mentally n physically..sampai skrg rasanya tak hilang lagi rasa penat..kalau boleh nak berehat lama lagi..mmg lepas ni cuti 5minggu..tapi...3minggu kena wat elective kat mana2 hospital yg kita nak..n saya join group yg nak wat posting kat terengganu..which means iA bertolak ke sana hari ESOK!! penat tak hilang lagi..haih~~ (tapi fikir2 balik Rasulullah saw lagi berat kot tanggungjawab dia n lagi byk benda yg dia wat..takde plak pernah dgr dlm sirah baginda mengeluh..haihhh, saya je yg over -.-)

tapi sumhow yg pasti, mmg menempuh exam 4th year ni wat kita sgt2 la bergantung kpd Allah..apalah sgt yg saya tau psl medic ni..tapi Allah permudahkan jua wat saya..dpt patient yg cooperative..examiner yg baik hati..kesian juga kat mereka yg kurang bernasib baik sbb dpt patient yg tak brapa nak faham bila dia ckp dan dpt examiner yg tnya soalan high2 level pnya..kitorg 4th year student je..blm final year, apatah lagi nak dibandingkan dgn HO/MO/specialist.. =( bdk yg pandai dr saya pun ada yg kena supplementary sbb dpt examiner yg 'susah'.. Allah mmg byk2 sgt bantu saya dlm exam ni..


ya Allah, bantulah aku dlm mentaatiMu dan mengingatiMu dlm susah dan SENANG..

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
[Yunus, 10:12]


*terasa* ;(

Friday, September 16, 2011

Raihah Rosli

salam..
menemui sahabatku raihah rosli..

just want to wash u a happy married life in my blog.. ntah bila awk akan baca post ni memandangkan kita tau awk semakin bz dgn keje n komitmen dgn keluarga yg bakal dibina..tapi takpe..asalkan awk tau bahawasanya kawanmu ini sgt menghargai persahabatan ini, itu sudah cukup buat kita.. =)

setiap kali kita fikir balik mcm mana kitorg boleh start rapat, kita akan rasa 'pelik'..sbb ia berlaku dgn sgt cepat..tapi kita percaya itu semua aturan Allah...Dia yg menyatukan hati hamba2nya..

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan diantara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, niscaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan diantara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu padukan diantar (hati) mereka. Sesungguhnya Allah maha kuasa , lagi maha bijaksana" (8:63)

bermula dgn kita berkongsi rahsia dan mslh masa zaman sekolah menengah, sejak itu kita rasa kita mula rapat..kita bukanlah seorang yg senang berkongsi cerita dgn org, apatah lagi soal rahsia dan problem..tapi dgn awk, kita sgt senang kongsi cerita..kita pun tak tau kenapa..tapi ni takdelah bermksd kita mengharapkan awk tolong kita kalau kita ada mslh atau apa2..sbb kita tau awk pun manusia juga..awk pun ada hidup awk sendiri..ada mslh hidup sendiri..dan mmg takde sesiapa yg dpt penuhi kehendak seorg manusia itu melainkan Allah..itu yg kita pegang selama kita berkongsi cerita atau mslh dgn awk..

dan kita tau dlm setiap pertemuan itu ada perpisahan..kita tak mksdkan dgn lepas awk berkahwin, bermakna kita berpisah..tapi bagi kita lepas awk kahwin, seperti akan ada 'barrier' antara kita dgn awk..sbb kita n awk kena sama2 consider suami yg bakal awk nikahi..sudah semestinya, awk perlu utamakan dia..dan kita pun harap awk berbuat mcm tu..

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”

selepas tamat sekolah menengah di mrsm, kita semakin sedar yg dlm hidup ni, kita sememangnya perlu berdikari..tak boleh terlalu bergantung kpd org lain..tak boleh letak harapan kpd org lain..tak boleh expect kwn kita itu akan selalu bersama kita..sbb semua org pun ada haluan hidup masing2..ada ujian hidup masing2..so, sejak itu memang kita dah set dlm mind kita yg kita akan 'berpisah' juga dgn semua org.. termasuklah awk raihah..sblm kita tau awk akan nikah, kita dah expect suatu hari nanti, kita akan semakin 'jauh' juga dgn awk..cumanya masa tu kita blm rasa perasaan 'berpisah' itu sampailah masa awk nak nikah semakin dekat..

kita gembira jodoh awk dah sampai..tapi pada masa yg sama, kita 'sedih' sebab rasa awk semakin 'jauh'..padahal tak mcm tu pun kan raihah? =)

so, raihah..kita harap Allah akan sentiasa lindungi awk n aima dlm pemeliharaanNya..
semoga Allah balas segala jasa baik awk sepanjang kita berkawan.. =)

ok, tak mau ckp pjg2 lagi..exam kita pun dah nak dekat..semoga Allah permudahkan urusan kita berdua..amin.. =)





surat berharga yg awk pos kat kita =)

Sunday, September 11, 2011

Oh Muslimah



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkanNya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati


Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya..

Saturday, September 10, 2011

Khilaf berdoa


Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
[Yunus, 10:12]

'Ya-Allah. Ampunkan aku. Selama ini aku khilaf. Maafkan aku jika selama ini aku tidak ikhlas mencari cinta-Mu. Maafkan aku jika selama ini aku kurang mengingatimu. Maafkan aku jika selama ini aku hanya berdoa kepada-Mu untuk memenuhi keperluan peribadiku. Ya-Allah, bantulah aku untuk kembali mencari cinta-Mu. Bantulah aku untuk kembali memperbaiki diri semata-mata untuk-Mu.' sumber

tersedar yg selama ni, saya lbh byk berdoa 'secara spesifik' hanya bila ditimpa kesusahan..dan lbh utk penuhi keperluan dunia yg takde limit-nya.. astahgfirullah..

Wednesday, August 31, 2011

Study week yang weak

salam..
sedang dlm minggu study week sblm exam besar 20hb nanti..baru 1st week study, saya dah rasa otak saya 'penat'..rasa tak mampu je nak hadapi study week ni..apatah lagi exam nanti..sgt risau kalau tak lepas..

kurniakanlah aku kesabaran ya Allah dlm menjalani 3 minggu study week ni..mgkn org akan kata lamanya study week..tapi rasanya utk bdk medic, berapa lama pun kasi masa utk study, rasa mmg tak pernah nak cukup..sgt byk nak kena baca n hafal..bak kata seorg surgeon tu, 'sama ada kamu hafal semua benda dlm buku atau kamu ada iphone'..hmm..mgkn satu hari nanti saya perlu tukar hp saya =D

"Kelebihan ilmu lbh aku sukai drpd kebaikan beribadah. Kebaikan dlm agama kamu ialah warak" (Riwayat al-Hakim)

-//-

ramadhan dah lepas, bulan syawal tiba..sejujurnya saya akui saya mmg tak layak utk meraikan bln syawal ni..yg sbnrya ialah bln kemenangan..tapi saya jauh dr kemenangan..dan sememangnya rasa perbezaan antara bln rmdn n syawal..kalau rmdn dulu, syaitan terikat dan kita mudah utk beribadah (dgn izinNya), bila masuk syawal rasa berat pula..sungguh ini adalah ujian buat diri sendiri juga..

-//-

oh, ada berita gembira juga buat saya keluarga sempena raya ni..iA, abg saya yg ketiga sudah jumpa pilihan hatinya..sudah dimaklumkan kpd ibubapa saya..iA abg saya akan jmpa pihak keluarga perempuan sbg langkah awal perkenalan..rasanya iA plan kahwinnya 2013..tak dgr sgt abg saya borak dgn parents..hanya dpt curi2 dgr je sbb tak berada di living room..semoga dipermudahkan urusan jodoh abgku..

agak mencemaskan saya juga..sbb lepas abg saya, sepatutnya giliran saya..adeyh..saya tak bersedia..n takde calon juga..takpe, mknanya lagi 2 thn..so, boleh 'rileks' lagi =D

Thursday, August 25, 2011

Kun fayakun

salam..

ya Allah, sungguh Engkau maha mengetahui apa yg terbaik buat diriku..aku redha dgn keputusanMu kerana memang sebelum itu aku mohon petunjuk drMu dlm membuat pilihan..biarpun mgkn keputusanMu itu berlawanan dgn kehendakku, tapi aku bersyukur kerana Engkau masih mendgr doa hamba yg byk dosa dan selalu melupakanMu ini..

terima kasih Allah atas petunjukMu..

p/s: sungguh Allah maha berkuasa atas segala sesuatu..'jadilah! maka jadilah..'..

Thursday, August 18, 2011

Nikmat Kesihatan

salam..

pagi tadi berkesempatan tgk procudure pleural tapping (buang air yg terkumpul di pleura of the lung--tak tau nak translate ke dlm Layman term)..tapi yg pasti condition ni akan wat seseorg tu sesak nafas la..

patient tu ialah seorg makcik cina yg dah berusia 71 thn..diagnosis kanser peparu..menyebabkan dia batuk darah dan air yg dikeluarkan pun bercampur dgn darah..mmg kesian la tgk makcik tu..menahan sakit bila nak kuakan air tu..sambil tahan sakit sambil tu batuk darah..

rasa kesian dgn keadaan makcik tu yg sudah pun berusia, di-diagnosis plak dgn lung Ca..plus dia ialah NON-MUSLIM!!...=( rasa mcm bertanggungjwb utk sampaikan Islam kat dia sblm dia meninggalkan dunia..tapi..saya tak buat pun apa2..hanya terdetik di hati tapi tak zahirkan melalui perbuatan..ni ke jwpn yg saya nak beri kat Allah kat akhirat nanti??

minggu lepas, jmpa patient breast cancer with metastasis..maksudnya cancer tu dah merebak ke merata organ..dlm kes makcik tu, dia dah merebak ke peparu,hati dan otak..patient ni kena wat pleural tap gak and dia rasa pening berterusan selama berbulan disebabkan metastasis ke otak..at the same time, dia ada ascitis...air dah byk terkumpul dlm 'perut' dia..wat perut dia jadi kembung disebabkan cancer tu dah merebak ke hati dia..

saya baca case file dia..PALLIATIVE CARE..mksdnya patient ni dah takleh cure dah..hanya boleh beri supportive treatment je..atau dgn kata lain seperti 'menunggu masa'..padahal makcik tu masih muda lagi..tapi sgt nampak keletihan dan pucat..

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda: " Dua nikmat yang ramai manusia sering dilupakan oleh manusia: Nikmat kesihatan dan masa lapang."
(HR Bukhari)

Friday, July 29, 2011

Rahmatullah

salam..
innalillahi wa inna ilaihi raji'un..

sepupu saya yg masih kecil telah kembali ke rahmatullah semlm jam 12:20pm..
sesuatu yg menyedihkan bila kenang kembali suasana sewaktu pengebumian..
ramai saudara yg teresak menangis baik laki mahupun perempuan..saya kagum dgn pakcik dan achik saya..sgt tabah..pastinya tabah..kalau tdk, mana mgkn Allah uji mereka dgn ujian berat ini..melihat anak sendiri dikambus tanah..saya yg melihat pun turut menangis, apatah lagi bahu yg memikulnya..

ya Allah, jadikanlah syafi sebagai saksi bahawa acik dan keluarga telah menunaikan tanggunjawab mereka sesempurna mgkn dan jadikan dia sbg penyebab bereka dimasukkan ke syurga..

saya tak rasa utk cerita lbh mengenai sakit syafi..tapi yg pasti dia tdk seperti kanak2 kecik yg lain..dia ada penyakitnya sendiri..tapi kehadiran dia mengajar saya bahawa manusia itu walaupun mgkn tak mampu berkata, tapi mereka mempunyai perasaan yg sgt berharga..bila sedih, hanya mampu mengalirkan air mata tanpa suara tangisan..bila gembira hanya mampu tersenyum tanpa dapat berkongsi perasaan itu dgn org lain.. ya Allah, sungguh syafi seorg hambaMu yg hebat..semoga kanak2 kecil yg masih tdk berdosa itu sentiasa dlm lindunganMu..

-//-

hari ni last day kat muar..iA berbulan lamanya tak akn g hosp muar melainkan saya kena exam long case kat sana..haih..tak lama lagi saya exam besar 4th year..tapi saya masih byk tak bersedia..masih lena dibuai mimpi..hmmm...harap2 4 minggu terakhir posting ni saya akan gunakan sebaik mgkn..

-//-

ramadhan lagi 2hari..dan saya mcm biasa akan berasa 'takut'..saya takut sbb bln itu adalah bln yg special..saya takut saya berbuat dosa dlm bln istimewa itu..saya takut saya menjadikan bln itu seperti bln2 yg lain..saya takut saya tak dpt berbuat ibadah sebaik mgkn..

bantulah hambaMu ini ya Allah utk menghadapi bln ramadhan akan dtg ini..byk benda yg berlaku beberapa bulan ini..saya harap ia hanya utk menguatkan lagi kebergantungan saya kpd Allah yg satu..iA..ameen..

Friday, July 15, 2011

Because I Love u Forever

-Taken from iluvislam-

"Please forgive me Lord.
I am unworthy to be your servant."
The Lord answered,"That is my grace, my servant."
I asked, "Then why do you continue to forgive me ?
Why do you love me so ?

The Lord answered, Because you are my creation.
I will never abandon you.
When you cry, I will have compassion and cry with you.
When you shout with joy, I will laugh with you.
When you are down, I will encourage you.
When you fall, I will raise you up.
When you are tired, I will carry you.
I will be with you till the end of the days
and I will love you forever."

-//-

bila kita gembira atau bahagia dgn makhlukNya, kita sering lupa kpd DIA..sampailah org yg sblm ni buat kita rasa gembira pegi tinggalkan kita, baru kita sedar yg hanya Allah tidak pernah lupakan kita n akan sentiasa menyayangi kita..kalau yg mensyirikkanNya, tapi Allah masih beri nikmat hidup,mkn, tempat tinggal semuanya, apatah lagi kalau kita taat kpdNya..pasti Dia akan lbh menyayangi kita..iA..

Wednesday, June 29, 2011

I Believe

salam~~

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him



Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away

Thursday, June 23, 2011

PPIM

salam..
sudah terlalu lamanya saya tak update..takleh lagi beri alasan computer rosak, sbb alhamdulillah sudah ada netbook baru..adakah saya bz? atau takde smgt utk tulis? ;)

weekend yg lepas saya berkesempatan utk menjadi fasilitator utk program pergerakan puteri islam malaysia (PPIM)..yg mana, seramai 150 org pelajar yg 'nakal' telah sertai selama 2 hari 3 malam..saya rasa ni kali pertama kot saya jadi fasi utk program luar..tak ingat.. =)

pada asalnya, saya bersetuju utk jadi fasi hanya kerana usrahmate saya semua join..so, saya pun ikut la sekali..tapi lepas tu, saya sedar yang memang saya perlu utk sertai program macam ni..

sebabnya ialah supaya saya sedar bahawa memang ada segolongan masyarakat kita terjebak dengan gejala2 yg tidak sihat..mgkn untuk seorg cikgu, mereka dah biasa lihat keadaan seperti ini di sekolah..tapi bagi saya, ia agak 'baru'..kerana selama ini hanya tau dr bacaan..

pelajar 'nakal' yang saya maksudkan di sini ialah mereka yg terjebak dengan perbuatan mencuri, zina, dadah dan maksiat2 lain..dan agak kasihan dengan latar belakang keluarga sebahagian mereka yang mana ada yg sudah bercerai, tdk beribu/bapa, malah ada yang ayahnya punya perempuan luar..

saya tertarik dgn beberapa ayat penceramah jemputan..

'adik2 DIUJI dengan latar belakang keluarga seperti...'

ya, saya tersedar bahawa saya harus sgt2 bersyukur dgn kurniaan Allah..lahir dari keluarga yang aman,tak porak-peranda, yang masih solat dan laksanakan ibadah2 wajib yg lain..mgkn saja kalau saya lahir dlm keluarga seperti mereka, saya turut terlibat dgn maksiat2 itu..astaghfirullah..bersyukurlah kita semua..

'kita tidak boleh hina orang walaupun dia seorg pelacur..'

berhadapan dgn adik2 ini, ada masanya saya rasa 'tidak mahu' rapat dgn mereka..kerana setiap kali saya melihat mereka, dlm fikiran saya bahawa mereka pernah melakukan perbuatan2 yang tdk baik seperti zina..astaghfirullah..sungguh keji pandangan saya itu..seolah2 saya mengatakan bahawa diri saya lbh baik dan bersih drpd mereka..padahal.... astaghfirullah =( walau apa pun saya bersyukur kpd Allah atas teguran2 itu kepada saya..walaupun penceramah itu menyampaikannya kpd adik2 itu, saya tau Allah hendak sampaikan teguran itu juga wat saya..

ya Allah, ampunilah dosa2ku..kerana memandang diri ini bersih drpd mereka..maafkanlah mereka ya Allah..berilah mereka peluang utk kembali kpdMu..berilah mereka ilmu dan hidayah drMu....dan tetapkan hati ini di atas jalanMu..

saya harap adik2 itu dapat ambil manfaat drpd program ini..biarpun sedikit, iA lama2 jadi bukit..
'sebuah rumah itu terbina drpd banyak batu..harap2 program itu adalah salah satu batu dlm hidup adik2'

Saturday, May 28, 2011

Reverberating Circuit

melihat ke belakang
teringat peristiwa pahit
diri berusaha menahan marah
kerana tau ia bukan sifat yg baik
diri simpan sendiri perasaan sedih
kerana percaya setiap yg buruk itu untuk membersihkan dosa

rasa lemah dan hina
kerana Rasulullah mampu bersabar dgn ujian yg jauh lbh dasyat
dihina, dimaki, dibuang najis dibaling batu kpdnya
tapi baginda tidak marah
sebaliknya baginda berdoa kebaikan utk mereka
dan Allah memujuk dgn ayatNya
sungguh pada Rasulullah ada contoh akhlak yg terbaik

tapi siapalah saya utk menjadi sebaik Nabi
kesilapan yg sama berulang-ulang
kelemahan diri tdk diperbaiki
patutlah Dia uji,uji dan uji lagi
sukarnya ya Allah hidup di dunia ini

'Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati'

p/s: Reverberating circuit is a circuit composed of neurons incorporating 'close' systems in the brain that enables firing of neurons to continue after the initial stimulus has been discontinued.

--> a reason why emotion last longer even if the event (stimulus)has end..
--> otak satu ciptaan Allah yg Maha Hebat..

Wednesday, May 25, 2011

Cuti

salam..

dah berminggu lamanya tak post apa2..sbb utama ialah kerana laptop rosak so tak dpt nak type dgn senang hati..n alhamdulillah Allah telah berikan saya netbook baru dan membolehkan saya surf internet dgn lbh mudah..=)

byk benda yg berlaku within this 3 weeks..skrg saya tgh posting ENT (ear, nose n throat)..dah masuk minggu ke 3..iA next week minggu terakhir utk posting ENT dan beralih kpd posting ophthalmology (mata) pulak..

last 2 weeks saya bersama 2 rakan sekolah mrsm saya bercuti di vietnam selama 4hari 4 malam..overall, saya suka..alhamdulillah..mgkn sbb pegi dgn kawan yg best, so saya rasa terhibur g sana.. =)








then, semalam baru abis exam surgery..no comment =p alhamdulillah, drive saya utk study tgh baik selepas baca buku utk exam semlm..harap2 smgt tu continous sampai exam besar bln 9 nanti..biarlah baca sedikit asalkan konsisten..iA lagi lbh krg 3 bln lbh je nak exam..kena mula berusaha skrg since byk sgt perlu baca n hafal..semoga Allah permudahkan buat saya..amin..

just want to share one video yg mengingatkan balik matlamat hidup kita kat dunia ni..kita kena selalu berusaha utk ingat yg tujuan kita diciptakan ialah utk beribadah kpdNya..dalam kita sibuk dgn study n kerja, selalu kena refresh niat kita bahawa bljr n kerja kita ialah utk Allah..sbg salah satu cara utk mentadbir alam since selain beribadah, kita ada tanggungjawab sbg khalifah..wallahu a'lam..

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)

Monday, April 25, 2011

Masjid al-'Azim

salam..

rasa dah lama tak update..bz agaknya..=D yeye je..tapi mmg berturut2 pun exam sejak kebelakangan ni..minggu lepas exam, pagi tadi exam, n iA mggu depan pun ada exam..tapi rasa mcm bgs gak ada exam ni..bergerak jugak la utk membaca KALAU berada di luar bilik =)

port yg saya pilih utk study ialah masjid berdekatan dgn kolej saya..saya g seorg2 je sbb itulah saya..lbh suka bersendiri..bknnya apa, saya tak suka masa saya terikat dgn org lain..sbb org lain, kita takleh wat sesuka hati kita kan..nak g mana2 ke..=D mgkn tu lah kekurangan saya ;(



tapi alhamdulillah, saya suka sbb Allah gerakkan hati saya utk bljr di masjid..1st time bljr kat sana, fuh..jmpa byk org baik2..=)betul la org kata, nak jmpa org baik2 kenalah g tempat2 yg baik kan.. =)n alhamdulillah, sgt suka juga dpt solat berjemaah di masjid..saya selalunya g waktu pagi lbh krg kul 8-9am..saya akan beli breakfast dulu n mkn kat ada satu bilik kecil di masjid tu..bhgn wanita..dan waktu balik setakat ni lepas asar la..walaupun pagi2 niat utk stay sampai mlm (dpt berjemaah mgrb n isya' sekali), tapi setakat ni hajat tak kesampaian..mmg penat r study pagi sampai mlm..dah la takleh baring sesuka hati sbb tempat smyg kan..tapi kdg2 saya g je tdo jap kat bilik kecil tempat saya mkn..tapi segan la kan sbb kat situ pun kdg2 ada muslimah yg solat..=D

kat masjid tu especially lepas zuhur akan ada ramai org smyg..bdk sekolah la mostly..bdk sekolah rendah, kecik2 je semua..kagum la jugak dgn diorg ni..sbb rasanya umur diorg lbh krg bdk darjah 2-3 je..walaupun ada yg smyg caranya salah (mcm beri salam ke kiri dulu instead of kanan)tapi solat gak kan..seperti yg disarankan oleh Nabi s.a.w..

“Ajarkanlah anak kamu bersolat pada usia 7 tahun, pukul andai masing enggan bersolat tatkala berusia 10 tahun, dan pisahkan pertiduran mereka” [Hadith Riwayat Abu Daud]

yg bdk2 laki kecik lak, nampak bayang2 diorg smyg berjemaah..smart2!! harap2 amalan diorg kekal hingga besar nanti bersama akhlak yg mengkagumkan jugak..iA amin..

p/s: tahniah kpd kawan saya yg bertunang dgn selebriti tanah air msia =)
semoga urusan nikah dipermudahkan.. =)

Friday, April 15, 2011

Senior-Junior

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI..

salam.. terjmpa ayat atas ni kat komen youtube..saya post ayat berkenaan jodoh ni tak bermakna saya sibuk mencari jodoh saya.. =D cuma ayat yg saya bold kan tu best bagi saya..sungguh iman manusia naik dan turun..mendapat jodoh yg soleh tak bermakna kita akan terus di atas jalanNya..Allah pemilik hati manusia mampu berbuat apa saja..tapi mgkn dgn mencari jodoh yg soleh adalah salah satu cara supaya kita tdk tersasar drpd jalanNya sebab ada seseorang yg iA akan selalu menasihati kita..dgn izinNya..

talking about jodoh..hmmm..saya yakin saya blm bersedia..tapi org kata sampai bila pun mmg kita takkan pernah sedia sbb dah kahwin nanti pun ada byk benda yg kita perlu belajar..mksdnya waktu tu barulah kita 'oh, mcm tu..oh mcm ni..'..dgn kata lain tak bersedia la kan.. =D so, saya serahkan jodoh saya kpd Allah..harap dpt seseorg yg mampu menjadi imam buat saya..iA, ameen..

-//-

next week iA saya akan mulakan tugas saya sbg naqibah utk 3 org junior..bersama saya, iA akan ada seorg 'pembantu'..yg mana dia juga adalah usrahmate saya..so, iA lbh mudah utk kami bekerjasama..n alhamdulillah, saya yakin dia mampu mengisi kekurangan saya sbg naqibah..saya perlu belajar dr dia juga..iA..Allah pasti dah atur yg terbaik wat saya..

pada masa yg sama, ada sahabat2 yg lain akan buat Dakwah Fardhiyah (DF) wat sekelompok kecil junior yg masih blm masuk usrah..DF ni maksudnya mereka akan cuba tarik adik2 junior yg mana kitorg dah target awal2 ke arah Islam..caranya ialah dgn mereka perlu 'masuk' dlm hidup diorg..contohnya macam makan bersama ke, main sama2, anything la..dgn selalu bersama iA ukhuwah yg terjalin akan 'melembutkan' hati mereka utk islam..basically, itulah konsep DF..








-//-

iA selasa depasn saya ada exam..semoga Allah permudahkan utk saya dan rakan2 yg lain..ameen..

Friday, April 8, 2011

Adil

salam..

subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar..

rasa dah lama tak update..bila nak update, computer ni problem lak..mmg mcm tinggal nyawa2 tikan je la computer ni..=D last week balik kl umah kakak..sbb parents ada kat sana..alhamdulillah dpt makan durian, durian n durian.. =D sedap dgn manis yg pelbagai..walaupun dgn nama buah yg sama, tapi disebabkan berlainan jenis, manisnya berbeza..Allah maha hebat..teringat ada ayat dlm al-quran menceritakan kekuasaan Allah dlm menciptakan pelbagai rasa buah-buahan..

Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (surat Ar-Ra'd:4)



-//-

alhamdulillah..saya gembira dan bersyukur kpd Allah atas hidayahNya kpd mereka yg dekat dgn saya..perubahan mereka ke arah kebaikan..alhamdulillah..semoga hidayah tu berterusan buat kami sampai mati kami..ameen..

-//-

abisnya tgh hari tadi bermakna habisnya posting saya kat muar utk orthopaedic n iA akan sambung lagi 4minggu di melaka..sbg leader saya perlu sabar dgn ahli group saya..dan sbg leader juga saya ada kesilapan yg tdk disengajakan..saya akui silap saya..saya harap 8minggu posting ortho mengajar saya utk bersabar dgn ragam manusia..kita tak boleh expect semua org akan ikut cara kita..dan pada masa yg sama, cuba utk memahami dan bersosial dgn manusia yg mempnyai 'nilai' yg bertentangan dgn kita..

kadang2 tu rasa nak ikut je perasaan sendiri..wat je apa2 ikut kehendak sendiri memandangkan saya leader..tapi alhamdulillah, Allah ingatkan saya dlm ayatNya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan.” (al-Maidah:8)

saya sgtlah bkn manusia sempurna..byk kekurangan saya especially bab2 emosi ni..tapi mgkn sbb tu jugak Allah berikan ujian ni kat saya utk saya perbaiki kelemahan itu sedikit demi sedikit..iA..ameen..

tanggungjawab tetap tanggungjawab..tak boleh wat keptsan ikut perasaan.. Allah akan soal di akhirat kelak..

Wednesday, March 30, 2011

Dr

alhamdulillah atas peringatan yang diberi olehNya.. Allah maha mengetahui segala isi hati.. lalu ditegur mengikut caraNya.. alhamdulillah Allah masih mahu menegur saya.. Allah masih mahu saya kembali kpdNya.. alhamdulillah.. terima kasih Allah atas pengawasanMu..


-//-

sudah lbh seminggu kereta kancil mama menjadi pinjaman buat saya.. semoga ia menjadi alat buat saya utk memberi manfaat kpd org lain.. semoga pahala itu disalurkan kpd mama yg merupakan 'pemilik' kereta itu.. semoga ia menjadi salah satu cara saya berusaha utk berbakti kpd mama saya.. perkenankanlah Allah..ameen..


-//-

'bermasalah' lagi dgn cikgu yg sama hari ni..adeyh..sabar je la sbg cara nak hadapi..kali ni memang bkn salah saya..tapi apa nak wat, Allah yg tentukan segalanya..sabar sabar sabar.. pagi tadi naik sama bas ke hospital dgn batch senior yg nak exam long case..saya lak cuak tgk diorg..sbb tak lama lagi saya akan rasa benda yg sama..scary2!! =( tadi kat ward, discuss kes seorg pakcik yg kena accident dan menyebabkan tulang belakangnya cedera bahagian leher (cervical spine injury)..injury tu menyebabkan kaki dan tgnnya takleh gerak dan tak dpt rasa apa2..dan doctor kata kemungkinan besar takleh baik pulih semula..rasa kesian..lepas ni dia akan terlantar atas katil dlm kebykan masa hidup dia..ada 6 anak..isteri sedang mengandung anak ke7..dan pakcik tu baru berusia 46thn.. dalam saya 'penat' dgn masalah saya, lbh ramai lagi yg jauh lbh dasyat Allah uji..


"Lihatlah orang yg lbh rendah drpdmu dan jgn melihat kepada org yg lbh tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah" (riwayat Bukhari)


-//-

tahniah kpd sahabat2 saya yg baru sahaja lulus MD UKM, Dr Saidah Madihah dan Dr Siti Nazihah!!! =) alhamdulillah, happy for ur result.. =)

Wednesday, March 23, 2011

Orthopaedic



salam..
sudah 2 minggu saya posting kat orthopaedic ward..bertindak sbg group leader utk posting ni sungguh memenatkan..takde lah penat mana..mgkn sbb chest discomfort yg saya alami sgt dipengaruhi oleh emosi saya..

pagi tadi dimarahi oleh cikgu kerana salah faham yg berlaku..salah faham yg berlaku itu adalah sesuatu yg pelik tapi sebab Allah dah tetapkan ia berlaku, mana mgkn saya dpt halangnya..mgkn Allah nak uji saya dgn dimarahi oleh cikgu..perlu perbaiki kelemahan diri..

sgt kecewa dgn ahli group saya yg sgt mengambil ringan akan masa..kenapa perlu dtg lewat ke ward selewat2nya..saya perlu ke sana ke sini,kol sana kol sini tapi diorg senang lenang dtg lmbt..kata kwn saya, "diorg semua dah besar,ssh nak disiplinkan mereka"..btul gak kata dia..nak didik diri pun susah, apatah lagi nak 'kawal' org lain..mgkn sbb saya leader, saya yg 'terasa' dgn sikap diorg..

tapi alhamdulillah saya tak amik hati cikgu tu marah sgt2 dgn saya..tak tau kenapa, padahal saya rasa saya jenis yg agak sensitif..tapi baru tadi dlm perjalanan nak beli makanan, terserempak pulak dgn cikgu..dia tegur saya..

cikgu: how r u?
saya:.....(terkejut jap)..fine..
cikgu: sorry for what happened this morning
saya:.....oh, its ok sir..

saya tak terasa apa2 pun sblm ni..tapi bila dia ckp sorry kat saya, saya rasa tak selesa lak nak jmpa dia lepas ni..adeyhh..tak tau camne nak respon kat kelas dia nanti..

-//-

junior dah sambung bljr kat sini, daftar isnin hari tu..skrg batch saya sibuk uruskan program utk diorg..program menyambut kedtgn diorg at the same time utk tarik diorg masuk usrah..iA..

kepulangan mereka juga bermakna saya perlu sambung menjadi naqibah utk mereka..iA..byk perkara saya perlu muhasabah balik..sgt perlu perbaiki diri sblm nak 'bimbing' mereka..

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( surah Ali Imran : 104 )

saya masih berusaha ke arah itu..

Saturday, March 19, 2011

Sabar dgn Kesakitan

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

pada setiap kesakitan dan kesusahan, ada pengampunan dariNya..bagi mereka yg sabar..

sejak akhir2 ni, kesihatan selalu terganggu..

sabar, sabar, sabar..

Saturday, March 12, 2011

Al-Qiyamah

salam.. 2minggu cuti semester hampir berakhir..esok iA akan pulang semula ke kolej.. sabar..sabar..sabar... susahnya nak meneruskan pengajian ni.. sem kali ni, saya akan menghadapi peperiksaan besar tahun 4..bila memikirkannya skrg pun saya dah berdebar2..risau sgt dan tak yakin dgn diri saya..byk perkara saya harus perbaiki..

-//-

cuti ni tak byk benda yg saya lakukan..sgt sedih..cuba utk menyumbang kpd agama tapi tak tau cara..atau sbnrnya saya yg tak manfaatkan apa yg ada..cuba utk menambah ilmu agama melalui pembacaan, tapi kecewa dgn usaha sendiri..sgt sedikit berbanding masa lapang yg diberi..



duk di rumah menjadi baby sitter anak sdara saya yg hampir berusia 3 thn..mengajar saya utk bersabar melayan kerenah kanak2..byk kesilapan yg saya wat..mengenang Rasulullah yg berlembut dgn golongan ni, menjadi penguat kesabaran saya melayan dia..dan pada masa yg sama, saya sedikit2 mengenali sikap dan perangai golongan kecil ni..dan byk lagi yg saya perlu bljr mengenai sikap mereka sblm saya sendiri mempunyai kanak2 kecil seperti itu dr keturunan saya sendiri..sgt memerlukan kesabaran bila mempunyai anak..saya masih nak bljr mengenali mereka sblm mempunyai anak sendiri..

-//-

kes tsunami di jepun..sungguh mengingatkan saya mengenai hari kiamat..mengukuhkan keyakinan saya akan kebenaran hari itu..lemahnya kami ya Allah..begitu mudah sekiranya Engkau ingin 'melenyapkan' kami sekelip mata..tanpa kami boleh menduga..biarpun manusia sudah berusaha dgn kawalan2 utk elak bencana seperti itu, tapi kami tak mgkn mampu melawan kehendakMu.. teringat juga saya pada peristiwa nabi nuh dan kapalnya..ternyata tak mustahil kejadian itu berlaku pada zaman dahulu..mak saya kata "macam mana la eh air tsunami tu nak hilang nanti?" Allah pernah berfirman dlm kisah nabi Nuh:


sungguh, segala makhluk di dalam dan luar Bumi ini adalah dlm penguasaanNya..Allah berkuasa atas segala2nya..

mak saya kata lagi, "ke mana diorg nak lari?" teringat saya pada ayat alQuran yg menyebut,

Pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat lari?" (75:10)

Sunday, March 6, 2011

Universal Studio


salam..
alhamdulillah, semalam dr pagi sampai ke malam saya dan kwn saya gembira di universal studio, singapore..kami pergi berdua je dgn menaiki bas dr jb ke sana.. perjalanan agak lama sbb kena stop kat imigresen n tukar bas sekali..kami bertolak pukul 7:35pagi..
saya bukanlah penggemar cerita hollywood atau apa2 movie yg tersiar di cinema..tapi kwn saya ajak saya g sana, maka saya pun join sbb sememangnya kalau travel, saya n dia akan pergi bersama..=) n disebabkan saya tak tau menahu psl movie2 ni, saya pun blur2 dgn maskot2 yg ada kat situ.. saya tangkap je la gmbr.. =)



bagi saya, kalau tgk movie atau cerita apa2, saya prefer kalau ada benda baik yg saya boleh amik..termasuk la juga kalau travel ke suatu tempat tu..kat universal studio ni saya pun tak pasti apa benda baik yg saya boleh amik, sbb dia lebih kpd tempat hiburan..apatah lagi dia berunsur barat..tapi bagi saya jugak, pengajaran/benda baik itu boleh dilihat bagi mereka yg berusaha utk cari kebaikan tu..kita yg perlu cari dan iA Allah akan beri..

utk travel ke USS ni, kebaikan tu lbh kpd macam mana saya menghadapi situasi yg tidak islamik kat situ..mcm yg saya ckp tadi, ia lbh kpd tempat berhibur..pergi ke sana menguji saya utk tdk melupakan Tuhan disebabkan hiburan..solat tetap perlu diutamakan..biarpun betapa benda tu menarik bagi kita, tapi berusahalah utk utamakan kewajipan kpd Tuhan..biarlah susah nak cari tempat solat, atau surau tu jauh, kita tetap tak patut tangguh tunaikan kewajipan disebabkan hiburan..
kat sana juga menguji saya dgn suasana pergaulan bebas dan pakaian perempuan yg menjolok mata..kalau kat msia saya jarang nampak melainkan kat tv, tapi kat USS, sana-sini pakaiannya menjolok mata..ini adalah ujian bagi saya yg tak biasa ke bandar yg mana mgkn perkara ni sudah biasa..hmmm,mcm mana lah mereka lelaki nak jaga mata..mereka sgt teruji..
dan satu perkara yg menakutkan saya waktu berada di sana ialah ketika menonton 1 show ni..saya dan kwn sbnrnya tak tau ia adalah show music dance yg ntah pape..bila dah tau tu, kami pun terpaksa duduk je la dlm tu..memang masa duduk dlm show tu, saya doa supaya tak mati kat situ..sbb saya taknak mati kat tempat mcm tu!!!
tapi doa tu sbnrnya wat saya muhasabah balik, sbnrnya utk pastikan kita tak mati dlm keburukan, kita kenalah sentiasa berusaha utk berada dlm kebaikan..maknanya berusahalah wat kebaikan setiap masa!! iA.. dan saya lepas kua tu, memang berat kepala n sakit telinga la.. 'thanx' for the show.. =(


kami bertolak balik dr singapore lbh krg kul 8:30mlm..dalam bas mmg tdo je la..best tdo dlm bas singapore..selesa!! =) mmg smart r singapore..sgt suka sistemnya..kemas dan teliti!!

tapi bila dah masuk msia lbh krg kul 10:30mlm..haihhhh...

dlm masa menunggu kat depan City Square, sempat lak dikacau oleh lelaki yg tak bertanggungjwb..lelaki yg memakai subang di hidung dan bibir..adoiiii...scary ok!! tapi saya tak layan r n dia perasan kot..sbb lepas tu dia mintak maaf..pheeewwwhh!! =)

apa2 pun, pengalaman yg menarik g sana..n sgt suka dgn gmbr2 yg diambil =)
waiting for the next trip in about 2months..iA =)

Tuesday, March 1, 2011

Redha Suami

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

tadi saya terbaca hadith ni kat iluvislam.com..

hadith ni wat saya teringat kat seorg pakcik yg saya clerk..tapi tak ingat lak pakcik tu sakit apa..=p

bkn psl sakit dia yg saya nak cerita tapi psl arwah isteri dia..isteri pertama dia yg telah meninggal..

masa saya tanya dia psl family history, mula2 dia gembira cerita psl anak2 dia..tapi tetiba suara dia jadi lain seperti mahu menangis..saya konfius ;)

rupa2nya dia sebak bila kenangkan isteri pertama dia yg telah meninggal..dia cerita isteri dia tak pernah mintak apa2 dr dia,etc..pendek cerita mmg baik abis la arwah isteri dia.. =)

masa tu saya fikir untungnya isteri dia..meninggal dunia dlm keredhaan suaminya..saya nampak pakcik tu sgt2 meredhai arwah isterinya..dia bercerita sambil menangis..segala puji bagi Allah yg menanamkan rasa cinta dlm hati pasangan suami isteri sebagai salah satu tanda kebesaran bagi mereka yg berfikir..

“And among His signs is that He creates for you spouses out of your own kind, so that you might incline towards them, and He engenders love and tenderness between you. In this there are clear signs indeed for people who think.” [Surah Ar-Rum: verse 21]

semoga kita juga termasuk dlm golongan muslimah yg taat kpd suami dan seterusnya golongan yg dijanjikan syurga kelak..iA ameen.. =)

-//-

sekarang masih di kl utk memenuhkan rumah kakak saya dgn perabot2 baru..apa yg saya rasa, tersgtlah byk nikmat yg Allah pinjamkan buat keluarga saya..dlm masa 2-3 hari, rumah ni dah hampir 80% lengkap dgn perabot serta alatan elektronik lain.. alhamdulillah..

segala puji bagi Allah juga sbb mengumpulkan kami ahli keluarga bersama di kl..kalau dulu, berbulan2 lamanya tak dpt jmpa abg n kakak saya sbb diorg bz kerja kat kl tapi rumah kami di jb..tapi skrg alhamdulillah setiap hari dpt jmpa mereka..melainkan diorg oncall..=)

tapi semlm, masa kua jalan cari tilam bilik kakak saya, saya ternampak sebuah rumah kecil di tepi jalan..yg saya rasa sgt tak selesa utk tinggal kat situ..dgn semak2 kat situ, kotornya lagi..bahagian dalam rumah tu pun mmg sgt2lah sempit utk tinggal..kalau ikut apa yg saya nampak, saya rasa org india kot yg tinggal dlm rumah tu..

gambar hiasan

saya fikir kalau btul dia india n bkn seorg muslim..sungguh kasihan buat mereka..kalau di dunia, mereka hidup dlm keadaan begitu, akhirat pula diorg diseksa..dunia akhirat mereka mgkn tak temu bahagia..atau mgkn kita muslim yg diorg akan salahkan sbb tdk mengajak mereka kpd Islam??tdk menggambarkan kpd mereka indahnya Islam melalui akhlak perbuatan kita??lbh teruk lagi kalau perbuatan kita menjadi penyebab mereka salah faham kpd Islam..na'uzubillah..

alhamdulillah atas nikmat rumah yg Dia beri wat saya sekeluarga..tapi saya cuba ingatkan diri saya, ini juga adalah ujian buat kami..Allah beri nikmat kpd kita juga sbg ujian..ujian kesenangan..sejauh mana kita bersyukur atas nikmatNya..bantulah kami dlm mensyukuri nikmatMu...ameen..

Thursday, February 24, 2011

Peristiwa Malam Itu


saya mempunyai seorang kawan yg saya anggap sbg kawan baik saya..saya kenal dia masa form4..dia lain kelas dr saya tapi saya tak ingat mcm mana saya boleh kenal dia..mgkn sbb dah tinggal kat asrama yg sama kot wpun lain block..

dulu masa awal2 kenal, saya dan dia selalu 'gaduh' main2...=) bkn gaduh mulut atau serius pun..tapi ntah la..saya tak ingat apa peristiwa yg menyebabkan benda tu berlaku..tapi mcm tu lah awal perkenalan kami..

then, masa form 5 saya sama kelas dgn dia..masa tu saya sgt rapat dgn classmates termasuk dia..n saya rasa dia org yg paling dekat dgn hati saya..mgkn sbb dia slalu bercerita problem dia kat saya..dr situ saya jadi rapat dgn dia..


tapi lepas abis bljr kat sekolah, kami diuji dgn perpisahan..dia sambung bljr kat matriks n saya sambung a-level..sejak tu kitorg dah tak contact slalu dan saya mula terasa dgn dia..;)

saya simpan perasaan tu bertahun2 lamanya sampaila satu masa dia tnya saya kat YM..

Dia: tadi, amirah (bkn nama sbnr) bgtau kita yg dia terasa dgn kita sbb dah lama tak contact..
Saya:...........
Dia: kita rasa kita lagi rapat dgn awk berbanding amirah..kita nak tau apa awk rasa..
Saya: (my words are too direct..cannot be mentioned here..=D )

mlm tu, mmg saya luahkan semua yg saya simpan bertahun2..dia kata dia nangis..n mintak maaf byk sgt2 dgn saya n harap keadaan boleh jadi seperti biasa..

lepas peristiwa mlm tu sampai hari ni, mmg saya tak pernah menyesal apa yg saya bgtau dia mlm tu..saya tak lembut hati wpun dia nangis..bkn mksd saya, saya rasa dia deserve rasa semua ni..bkn mcm tu..tapi saya nak dia tau saya dan org lain terasa dgn dia selama ni..n i've learnt from the past..ada masa kita perlu utamakan perasaan sendiri dan bkn menjaga hati org sampai diri sendiri yg sedih..

but alhamdulillah, persahabatan kami masih baik sampai skrg..dia masih kwn baik saya wpun apa yg dah berlaku..wpun saya pernah ckp dgn diri saya, biarlah persahabatan ni 'berakhir' mcm tu je..tak perlu jadi kwn baik lagi..let she follows her path, n i follow my own..tapi mgkn sbb 'once a best friend, forever it will be', so she still have her place in my heart ;) tautan hati itu masih saya rasa.. =)

"Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dengan orang mukmin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukn hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana". (Al Anfal:62-63)

Semoga Allah panjangkan persahabatan ini hingga ke syurga..iA..ameen..
gudlak for ur professional exam this coming March..
dan semoga menjadi doktor muslimah yg solehah kelak =)

p/s: teringat pasal ni sbb mendgr lagu 'remember me this way' by Jordan Hill yg saya dedicate kat dia lepas perbualan mlm tu.. =) alhamdulillah, saya tdk lagi simpan apa2 perasaan tak baik kat dia..dan alhamdulillah persahabatan ini masih berterusan dgn baik =)

Monday, February 21, 2011

Nikah Gay/Lesbian Islam

Untuk berita sepenuhnya, klik sini (saya copy n paste bhgn tertentu je)



-Asra and Sarah decided upon a 'nikah' - a Muslim matrimonial contract. Whilst nikahs have traditionally been the reserve of heterosexual Muslims, Asra and Sarah were aware that other gay Muslims had followed this route and the couple decided to investigate further.

-"A few friends said you don't really have to have an official Imam, but you need someone who is knowledgeable enough about the Qur'an to do it. Fortunately, one of our friends was, and she offered to do it. She's a lesbian herself, and she said we could do it in her home."

-"We got rings from Camden market, and we drew up contracts - we got a blueprint off the internet of a heterosexual contract and we both looked at it separately, to see if there were things we wanted to change."

-In attendance were six friends, who also acted as witnesses - "and a cat," says Sarah.

-The short ceremony was conducted in Arabic, and additional duas - prayers - were read and the marriage was essentially no different from the nikahs performed for straight Muslim couples all over the world.

-"It is between me and God, and when we got married it was not ideal, but we were doing our best."

-One of the key advocates of Muslim gay marriage is the American Imam, Daayiee Abdullah - who himself is gay. He has performed a number of gay nikahs in America and has also advised gay British Muslim couples on how to perform the ceremony

-He reasons that to deny gay Muslim couples the right to a religious union, goes against teachings in the Koran.

-"Same-sex nikahs are still a contentious issue, but all I can say is I have done it, and I am completely comfortable and content with my faith and hopefully people will think 'well, let me try and get to that place'.

Sunday, February 20, 2011

Syukur 21

salam...
sejak beberapa hari yg lepas tgh saya bosan+stress, saya pun bukak la youtube..
selepas mengklik kat tajuk2 'hangat', baru saya nampak side 'gelap' masyarakat kita..sblm ni, sejak saya sekolah hingga skrg, jarang utk saya jmpa mereka yg terlibat dgn kes2 'berat' dan jarang sekali kwn keliling saya terlibat..saya boleh dikatakan 'takde idea' mcm mana sbnrnya keadaan masyarakat muslim kita...cuma dgr org bercerita atau melalui bacaan sahaja...

tapi bila dah tgk kat youtube, astaghfirullah..

-'kenapa saya nak tutup aurat?? sbb tu bkn saya'
-perempuan bertdg mempersendakan zikir dgn menjadikannya berbentuk 'dikir barat' dgn tepuk tgnnya, gerak badannya..
-perempuan mempersendakan pemakaian tudung
-bdk perempuan bergaduh di sekolah.. (saya tak sanggup nak tgk mcm mana bdk laki gaduh sbb tgk perempuan gaduh pun dah ngeri)
-perempuan 'bangga' dan tak rasa malu beraksi 'melampaui batas'

ni lah sebhgn yg saya nampak kat youtube..tak sangkanya sbb perempuan yg terlibat adalah mereka yg bertudung..
teringat abg saya yg keje sbg doktor..katanya masa keje dekat A&E (accident and emergency) telah mengubah sedikit sebyk pandangannya mengenai perempuan yg bertdg labuh...haihhhh...mintak saya dijauhkan drpd dosa berat dan menjadi fitnah buat Islam...

setiap dr kita sbnrnya sedang membawa maruah Islam..tinggal sama ada kita menaikkan nama Islam dgn akhlak yg baik atau mencalarnya dgn perangai kita yg bertentangan dgn Islam atau nilai moral manusia..mcm skrg la, mcm mana Islam boleh dikatakan sbg terrorist?? kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..=( wallahu a'lam..



tapi hari ni gak saya menonton cerita syukur 21 lakonan kumpulan raihan kat youtube..dah berzaman dah ceritanya, tapi baru skrg tgk sbb ada org post kat fb..ceritanya simple..tapi menenangkan hati saya yg tonton..1st time rasanya jmpa movie yg menenangkan..bestnya kalau hidup kita diisi dgn kata2 nasihat dan bicara pasal Islam..teringin sgt nak hidup dlm pemerintahan n cara hidup Islam..tapi mcm kakak naqibah saya dulu ckp, kita takleh harapkan je benda tu berlaku..sepatutnya kita yg mulakan perubahan tu..hmm...

p/s: pepatah ada menyebut "takkan hilang melayu di dunia"..mmg melayu tak hilang..tapi yg hilang ialah pegangan agama Islam dlm hidup seorg melayu..

Thursday, February 17, 2011

Paint Your Love


I wish I can paint Your signs to express how i feel and to remember You always..

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal." (Ali Imran:190)

mata melihat tanda kebesaranNya..
lidah berzikir mengingatiNya..
hati rasa diri telah jauh meninggalkanNya..

"Allahumma a'inna 'ala dzikrika wa shukrika wa husni 'ibadatik"
(Ya Allah,Kau bantulah kami dalam mengingatiMu,mensyukuriMu dan memperbaiki ibadah kepadaMu)

Monday, February 14, 2011

Kasih Kekasih



kdg2 saya terfikir kenapa manusia sanggup menerima amanah dan tanggungjwb sbg khalifah Bumi?? yg mana makhluk lain tak sanggup dan menolaknya..'saya sgt tak faham kenapa manusia menerimanya'...

sbb saya rasa tnggungjwb tu sgt berat..saya sgt mengkhianati amanah tu dgn dosa2 yg saya dah buat dan saya rasa nak sgt2 'pulangkan' hati dan nyawa saya kpd Dia..buat apa saya hidup kalau menzalimi hak Allah?? saya pun tak tau patut ke saya berfikiran begini..

saya 'jeles' dgn makhluk2 lain mcm binatang,pokok semua..sbb diorg sentiasa mematuhi Allah..ikut sunnatullah yg ditetapkan..sentiasa berzikir kpd Allah...sedangkan saya?? mcm ada 'list dosa tunggu dilaksanakan'..

saya tau manusia tak lari dr wat kesilapan..tapi perlu ke wat dosa je??

saya penat dgn kehidupan dunia ni..
dan saya tak larat dgn apa yg berlaku..

tapi saya tau ni semua adalah ujian dr Allah..
sbb saya mengaku diri saya org beriman..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar (ali-Imran:142)

“Dan sungguh, Kami akan benar-benar menguji kamu, sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu.”(Surah Muhammad:31)

permintaan saya cuma diberikan kekuatan utk menghadapi ujian ini..dan dijauhkan dr sifat putus asa...

p/s:
-post ni tiada kaitan dgn Valentine's day..
-salam maulidurrasul...
-personally saya rasa mengingati org yg disayangi adalah setiap hari, bkn pada special day je tak?? maka, mari sama2 berusaha mengingati Rasulullah dan mengamalkan sunnahnya setiap hari..iA =)

Saturday, February 12, 2011

Buah Delima

semlm tetiba lbh kurg kul 1:30pm, saya tukar plan saya utk g kl ptg tu juga lepas abis kelas..punyalah kelam-kabut sbb saya sampai stesen bas kul 4:50pm utk beli tket bas 5ptg..yg mana waktu asar masuk lbh kurg waktu tu gak..

nak dipendekkan cerita, saya plan turun kat bandar tasik selatan tapi org tu kata cuma bas delima je yg akan berhenti kat situ tapi bas tu bertolak kul 5:30pm..terdetik kat dlm hati saya, "taknaklah naik delima sbb pernah kes kemalangan besar yg libatkan bas tu"..last2, saya pun beli tiket 5ptg mayang sari..




dlm bas mayang sari, saya terfikir..kenapa saya berfikiran dan bertindak mcm tu?bkn ke tu mksdnya seolah2 kita meletakkan nyawa kita pada selain Allah..dgn kata lain, seolah2 saya fikir nyawa saya terletak pada bas apa yg saya naik..dan bkn Pemilik nyawa saya,Allah...astaghfirullah.. maafkan aku ya Allah.. =(

dlm bas tu gak, saya yg sememangnya dah ready dgn wudu' utk semayang dlm bas (perjlnan melaka-kl lbh krg 2 jam, so agak2 sampai kul 7pm,mcm dah terlalu lewat utk smyg asar)pun 'tunggu masa' utk solat secara duduk..mksd saya tunggu org keliling saya agak2 dah pejam mata, barulah saya nak smyg..sbbnya rasa malu saya yg TAK BERTEMPAT..malu nak laksanakn suruhan Allah dlm keadaan rukhsah..yg saya rasa jarang org lakukan..kecewa dgn diri saya..ntah mana perginya rasa BANGGA dgn Islam.. =(

n kdg2 dlm hidup kita, kita rasa malu utk berbuat benda baik..malu nak memberi salam kpd yg dikenali apatah lagi yg tak dikenali, malu nak berubah jadi baik, malu utk memakai baju/tudung labuh,etc...=(


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ


Maksud: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim)


ya Allah, saya harap saya termasuk dlm golongan yg asing itu..biarlah org pandang pelik bila kita ikut cara Islam sbb sememangnya Allah sudah tetapkan keadaan akhir zaman akan begitu..pilihan kita cuma sama ada nak termasuk dlm golongan asing yg diredhai Allah ataupun golongan majoriti yg diredhai manusia..wallahu a'lam..sama2 kita berusaha!! =)

Thursday, February 10, 2011

This Heart Is Not Mine



Saya bkn org yg suka bercerita apatah lagi utk share perasaan suka duka dan masalah dgn sesiapa pun..org kata tak elok mcm tu, sbb akan wat kita lagi 'depressed'..saya akui perasaan tu..kadang2 menyimpan perasaan sedih tu sampai saya takleh wat keje saya, saya akan baring sahaja 'menahan' perasaan..

n kadang2 saya cuba utk share dgn org..kononnya dgn harapan dpt kurangkan beban..tapi keadaan tu tak berlaku kat saya..saya akan rasa ralat bila buka cerita..dan kecewa bila abis cerita...sbb Allah tak izinkan lagi utk saya gembira semula wpun telah bercerita..

siang tadi kat kelas, saya menahan perasaan saya drpd bercerita kat kwn saya apa yg saya rasa..ia tak melibatkan sesiapa pun..bila saya mula nak bercerita, saya teringat kisah yg saya baca dlm buku semlm..berkenaan seorg hamba yang MALU kpd Penciptanya....

Hamba itu ialah seorg lelaki yg miskin dan telah pun berkeluarga..Isterinya meminta kpd si laki ini supaya minta kpd khalifah supaya diberikan makanan dan rezeki2 yg lain..Tapi kata si suami, dia tdk mahu berbuat demikian kerana dia malu dgn Allah...Dia merasakan tdk patut utk seorg hamba itu meminta kpd hamba yg lain sedangkan Pemberi rezeki adalah Allah..apa yg si suami lakukan hanyalah bersembahyang sunat dan berdoa kpd Allah..dan dgn kehendakNya seseorg yg hampir dgn khalifah terdgr doa itu dan menyampaikannya kpd khalifah..at the end, rezeki yg si hamba ini minta pada Allah telah sampai ke rumahnya sblm dia pulang ke rumah lagi..

Malu kpd Allah utk minta bantuan dr manusia sedangkan Allah sentiasa ada utk mendengar rintihan kita..Kenapa saya masih berharap kpd manusia??

Mgkn setiap ujian yg ditimpa ke atas kita supaya kita kembali mengadu dan 'berkata2' dgn Allah..yg telah lama kita lupa akan 'kehadiranNya'..kehadiranNya dlm hati kita..dan mgkn sbb tu juga yg pertama kita ingat bila ditimpa mslh/berita gembira adalah org yg terdekat dgn kita..sbb kita letak Allah jauh drpd hati kita..

'Because this heart is not mine..I will die anyway..'

Monday, February 7, 2011

Penampar Free

sob2..
saya dapat penampar free drpd kawan non-muslim saya hari ni =(

kwn: selasa depan cuti..
saya: ohye? kenapa lak cuti?
kwn: prophet's muhammad birthday..
saya: (alamak)
kwn: u should know better than me..
saya: (dush3!!)--->dpt pelempang free

waduh..wat malu saya je sbg muslim tak tau bila nabi Muhammad pnya tarikh kelahiran..wpun saya yakin dia tau sbb tgk jadual cuti, tapi nampak sgt la kan saya tak concern dgn tarikh2 penting dlm kalendar hijrah..=(

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang2 beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar2 salam."(Al-Ahzab: 56)
-//-
rabu lepas, on the way balik umah naik bas dgn my fren non muslim, saya ambil kesempatan utk bertanyakan kpdnya hal agama yg dia anuti iaitu kristian..hmm, saya baru tau yg rupa2nya awal2 masa bljr medic ni dia ada join 'usrah' atau nama lainnya cell group dlm kristian..diorg akan bincang la psl bible ni..n bila ckp psl bible ni, alhamdulillah saya diberi keberanian utk bgtau bahawa sbnrnya jews, kristian n Islam asalnya dari Tuhan yg sama iaitu Allah (agama samawi)..cumanya kitorg muslim percayakan kitab bible n taurat yg original pnya..yg skrg pnya dah diubah oleh org..hmmm, kwn saya rileks je bila saya ckp camtu..diam bermakna sbnrnya..saya nampak la dia berfikir sblm dia accept apa yg saya baru ckp..benda2 lain pun saya cuba sampaikan yg mana dia memang sudah tau, mcm syarat poligami dlm Islam, tanda2 kiamat (yg diorg pun turut percaya)..n berusaha utk bersihkan nama nabi Muhammad saw yg berkahwin lbh dr seorg..
tapi takleh blahnya, lepas saya abis ckp je, saya ckp saya nak tdo.. =D sbb dah ngantuk sgt yg ditahan2 lamanya sbb borak psl benda lain sblm tu =)

takpe2, bak kata lecturer/Doctor yg ajar saya, kita kena tidur slps membaca supaya lbh ingat n tak blank..sbb mmg otak berfungsi mcm tu..so, harap2nya, dihadamla dlm kepala kwn saya psl apa yg saya bgtau dia psl Islam..
sbnrnya bagi saya, saya lbh senang utk menyampaikan Islam kpd non muslim drpd muslim sendiri..kenapa ye??adakah salah saya atau salah saya dan mereka?nampak sgt salah saya tetap dlm pilihan jwpn yg ada..=( ntahla, mgkn sbb saya rasa kalau saya ckp psl Islam kpd muslim, saya akan dipandang 'huh?'...dan saya rasa mostly diorg akan tetiba diam..hmm,tapi itu hanyalah andaian saya..

“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.”
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Sunday, January 30, 2011

The Road Not Taken


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


- A poem by Robert Frost


salam..
terbaca poem ni kat blog orang..seingat saya, ni poem yg saya bljr masa tingkatan 1..hm, ingat muka cikgu yg ajar tapi tak ingat nama dia..sori teacher!! =D

hmm,jap..teacher Laili kot nama dia.. =)

kalau nak kaitkan poem ni dgn hidup saya, saya akan kata the road nat taken is the road that i might take other than medical field..XD..bknlah nak kata saya menyesal amik medic..alhamdulillah saya masih yakin dgn doa saya sblm saya decide bidang apa yg saya akan amik..sbb saya yakin apa2 yg Allah tetapkan itulah yg terbaik..

plus, bkn satu perkara yg baik utk mengatakan "kalau lah dulu saya....,mgkn saya takkan...skrg." sbbnya ada hadith yg berbunyi:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim
]