Monday, January 10, 2011

2 Days 1 night


salam..
=) gembira sbb boleh type dgn aman kat laptop (at least hari ni)..sejak 2hari lepas,laptop saya menunjukkan symptoms dia dah nazak..saya rasa hampir setiap 2-3 saat akan kua box yg sgt mengganggu utk saya type atau baca pape kat tenet..n ntah kenapa hari ni dia 'sihat' skit..cuma mslh masa nak 'on' tu masih ada lagi la..hmm,lepas ni kena kurangkan perbelanjaan mknan n divert dia ke arah duit simpanan utk beli laptop baru..haiihhh..

-//-

weekend yg lepas bagi saya sgtlah penuh dgn program..bermula dgn jumaat mlm yg mana ada program bulanan qiyam..program tu ada gak selit ceramah..n ceramah kali ni berkenaan dgn freemason..hmm...yg penting psl ceramah tu kena berhati2 la dgn guzwatul fikr (serangan fikiran) yg dilaksanakan oleh org non-muslim ni..mcm dr sudut hiburan ke kan..yg saya baca, disney tu under freemason ni..tak mustahil la dr cerita2 kartun ni pun, diorg ada selitkan 'agenda' diorg..



contohnya mcm kwn saya cerita..dlm cerita kartun rapunzel yg agak masih baru kua..kwn saya kata ada part dlm cerita tu tetiba ada tarian berkaitkan dgn matahari..sepertinya mereka sembah matahari..lagu tarian tu pun kwn saya kata liriknya ada part yg boleh dikatakan melibatkan akidah kita..wallahu a'lam.. ni kwn saya yg cerita sbb dia tgk cerita tu..dia kata bila sampai je part matahari tu, mmg dia terus rasa tak sedap hati..n yg 'tak bestnya' part saya dgr, dia kata ada org2 lain yg 'bergembira' dan suka dgn lagu tu..ya Allah, jauhkan kami dr terpesong akidah sama ada kami sedar mahupun tidak..bayangkanlah org nyanyi lagu yg mana dia tak sedar boleh pesongkan akidah dia..na'uzubillah minzalik..

-//-



hari sabtu lak, kakak naqibah saya kawin..alhamdulillah..kami g dgn 3 kereta..rasanya ni first time,saya hadiri kenduri kawin 'bkn sdara' saya..n bkn kwn parents saya.. =D

haihh..ramai benor kwn2 saya kawin dlm masa terdekat ni..bln lepas, rummet kat sekolah menengah dulu..mggu depan rummet lagi seorg..bln febuari pun ada gak kwn lain..hmm..harap korg smua bahagia la hendaknya..dapat membina baitul muslim yg berkat dan lahir zuriat yg soleh dan solehah yg iA akan sumbang kpd agama..amin

“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim).
-//-



then hari ahad, kitorg beberapa group usrah, ada daurah..psl syahadatul haq (penyaksian akan kebenaran)..penyampainya sgt best dan kelakar..kesimpulan yg dpt disimpulkan ialah kita semua bila mengaku muslim (lafaz kalimah syahadah) bertanggungjwb utk sebarkan islam kpd org lain..baik org tu muslim(perbaiki) atau non-muslim..sampaikan dlm bentuk perkataan mahupun perbuatan (akhlak)..sbb setiap org pun ada kelebihan masing2 utk dimanfaatkan utk agama..tak semestinya org yg pandai berckp je boleh berdakwah..sbb Allah Maha Adil dlm memberi peluang utk kita berdakwah..cumanya kita kena cari kelebihan yg Allah beri n manfaatkannya sebaik mgkn utk islam..iA..

saya teringat kisah tufayl bin 'amru ad-Dausi yg diceritakan oleh penceramah..slps dia masuk islam, dia minta pada Rasulullah saw supaya berdoa kpd Allah supaya diberi tanda agar org Kg ad-Dausi akan mempercayai kata2 dakwah yg akan disampaikannya..maka dgn izin Allah, beliau dikurniakan dahi yg bercahaya..maka, slps sethn beliau berdakwah, beliau pun kembali berjmpa dgn Rasulullah saw..bila baginda bertnya berapa ramaikah yg masuk islam..tufayl menjwb hanya 1 sahaja..dan org berkenaan ialah perawi hadith Abu Hurairah r.a..hmm,mksd tersirat drpd cerita ni ialah wpun mgkn dakwah kita hanya skit yg ikut, iA ada juga bhgn pahala yg kita akan peroleh bilamana org yg didakwah itu berbuat kebaikan..iA..

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa yang menyeru untuk berbuat kebaikan, maka dia akan mendapat ganjaran pahala sepertimana balasan orang-orang yang mengikutnya, sama sekali tidak dikurangkan ganjaran pahala mereka itu barang sedikit pun. Dan barangsiapa yang menyeru untuk berbuat keburukan, maka dia akan mendapat ganjaran dosa sepertimana balasan orang-orang yang mengikutnya, sama sekali tidak dikurangkan balasan dosa mereka itu barang sedikit pun.” Riwayat Al-Imam Ibnu Majah

so,kita jgnlah lihat besar/kecil usaha/jayanya dakwah tu..takde lagi alasan,kita tak mampu atau tak layak..melainkan kita rasa alasan tu Allah akan terima bila di akhirat kelak kita ditanya akan tanggungjwb kita..wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment