Monday, January 3, 2011

Lidah Pemalu


salam..
stress membaca, so ingatkan update la skit blog ni..hmm...
just nak share apa yg saya baca semlm..sebuah peringatan wat saya..

hmm..saya kena lbh kawal kata2 yg kua dr mulut mulai skrg..iA..baik dlm alam nyata ataupun alam maya (esp fb yg sesiapa pn boleh baca)..sbb saya percaya ia melambangkan hati dan peribadi kita mcm mana..itu yg saya pegang..n dgn cara ni jugak merupakan salah satu cara saya nilai tahap iman saya..naik turunnya..

saya tertarik dgn satu petikan yg saya baca dr internet jugak..

"Seorang wanita yang pemalu tidak akan merenung kepada sesiapa yang berbicara dengannya. Dan ketawanya hanyalah dengan senyuman apabila dengan kehadiran orang asing, dan tidak ketawa terbahak-bahak. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melakukannya walaupun dia seorang lelaki. Daripada Abdullah bin Harith bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah ketawa kecuali dengan senyuman.”(hadith riwayat At-Tirmidzi). Dan wanita apabila ingin membeli perhiasan peribadinya (pakaian dan lain-lain), perasaan malunya akan menghalangnya daripada membeli daripada penjual lelaki."

kena tebalkan rasa malu lepas ni..takleh nak sesuka hati gelak "haha,hehe,hihi,hoho,huhu" dan seumpamanya (dlm public)..iA =)

“Iman itu mempunyai tujuh puluh lebih cabang, dan malu itu merupakan sebahagian daripada iman.”(hadith riwayat Muslim).

Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu".
Para sahabat berkata:
"Sesungguhnya kami semua telah pun malu kepada Allah swt, alhamdulillah".
Selanjutnya baginda bersabda lagi yang bermaksud:
"Bukan begitu, tetapi malu kepada Allah sebenar-benar malu ialah engkau memelihara kepala dan apa yang ada diatasnya dan engkau memelihara perut dan apa yang ada di dalamnya(apa yang dimakan), mengingati mati dan kebusukannya. Barangsiapa menghendaki akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia dan barangsiapa yang melakukan pekara tersebut, maka ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya".
(Riwayat at-Tarmizi)


No comments:

Post a Comment