Sunday, December 26, 2010

Raja Sushi

Salam..
Semlm semasa tgk fb saya, tetiba terbaca status sepupu saya yg mengajak kwnnya mkn kat 'Raja Sushi' aka Sushi King..


hmmm..saya yg mempunyai segala kepayahan utk menegur org pun memberanikan diri utk comment..

me: "Sushi king tu bkn dah tak halal?? kwn kata diorg declare guna alcohol sbg preserve dlm mknan diorg beberapa bln yg lepas..
sepupu: "Ye ke?? biar saya kol JAKIM jap"
kawan sepupu: "mcm dah takleh mkn je" (sambil menyelitkan link makanan halal JAKIM)

maka mereka pun tak jadi g mkn kat sana..

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (2:168)


n teringat perkongsian dr seorg penceramah yg saya pernah hadiri..dia kata dia pernah menyiasat tempat mkn kat satu shopping complex ni..n terkejutnya dia bila dia nampak khinzir diletak berhampiran dgn ayam dlm satu tempat..dia pun serta-merta tnya siapa penyembelih ayam..org tu tunjuk la satu nama org Islam..dgn kudrah (kuasa) dan iradah (kehendak) Allah, si penceramah tadi tergerak hati utk cari rumah penyembelih ayam tu...n bertambah terkejutnya si penceramah bila org rumah tu kata dia dah tinggalkan keje tu selama 3 thn..

haih3..susahnya nak cari mknan halal dekat negara Islam Malaysia ni..rasanya mcm lbh selamat kalau mkn kat rumah sendiri je..yakin halal, iA..

maka saya nasihatkan kaum wanita agar belajar memasak demi memastikan keluarga kita dpt sumber mknan yg halal..keke.. =)

wallahu a'lam..

2 comments: